Thursday, November 8, 2012

~ Hari Graduasi Tadika Oren Bestari @4/11/2012 ~

Tamat sudah sessi pembelajaran abang Ami di Tadika Oren Bestari. Alhamdulillah, 2 tahun berada di Tadika ni ami dah pandai menulis + membaca. Walaupun bukan berada dikalangan pelajar yg cemerlang, aku tetap bersyukur.  Sekurang2 nya ada pengisian lain yg dia dapat kat tadika tu. Di usia 5 tahun ami dah pandai solat (walaupun kat rumah liat disuruh solat..uhuhuh). Doa2 harian pun dia dah boleh baca disamping kelas pra-tahfiz yg tadika anjurkan, kesannya ami dah hafal surah2 lazim.  Terima kasih pada guru2 yg sgt sabar mendidik. Gambar + video penuh boleh tgk kat fb TADIKA OREN sambil2 promot kot2 ada sape2 nak carik tadika untuk anak masing (klu ada kat kawasan ni ler..heheh).

Ni cuma sebahagian je gambar konvo plus gmbar bday kek ami yg ke-6 ..




Kek sempena bday abang ami yg ke-6, di potong bersama kawan2 kat Tadika.

Muko 'macho' abang ami bersama pengetua (kanan sekali)



Bersama kawan2 satu kelas (elit soleh)


Persembahan coral speking.

Persembahan terakhir bersama semua pelajar.



Sementara tu parent sebok kat bawah pentas nak capture moment2 terakhir ni.. sweet.. :)




Mama pun xnak ketinggalan utk bergambar dgn Puan Su, Pengetua tadika Oren. Niat hati nak bergambar dgn cikgu2. Tp masa x mengizinkan. Tahun depan harap dpt jumpa lg dgn cikgu2. Ami akan transit kat situ jugakk.. :)


Masa entry ni ditulis, majlis ni dah seminggu berlalu. Harini juga hari terakhir sessi persekolahan bagi 2012. Bermakna, hari ni juga hari terakhir semua pelajar pakai uniform.. Bukan ape, dah x sanggup tengok ami pakai baju sekolah yg ketat metat pas tu pendek plak tu.. huhu.. X boleh nak kata ape, sbbkan size badan dia yg paling besar sampai susah nak cari size baju untuk dia.. Apa2 pun, nilai ilmu yg diterima lebih penting dari issue baju nih..Wassalam.


~ Riang ria syawal @ Grand Hoover Bhd. ~

Alhamdulillah, atas usaha gigih Asri a.k.a Abe Roy (walaupun x boroi) merancang, telah berlangsung majlis hari raya di ofis semalam (4/9/2012). Perancangan awal kami adalah mengadakan periuk bertuah (portluck) untuk jamuan tersebut diserikan kan jemputan semua staff. Tapi portluck bertukar menjadi jamuan official office coz sume perbelanjaan office yg sponser.. Apa2 pun niat murni untuk menjamu semua kawan2 yg bukan islam tetap kesampaian. Staff2 melayu semua membawa juadah tersendiri yg sedap medap. Enjoy!