Kali ni mmg betul2 lama rumah aku bersawang. Bila jenguk kali ni, rupanya cukup setahun tiada n3 langsung untuk 2013. Lamanya.. Uhuk uhuk. Apedah terjadi selama tempoh setahun tu?
2013 ~ (Januari) Ami start masuk darjah satu.
2013 ~ (Januari) Aku positive pregnant (anak ke-3).
Bermula fasa baru lagi dalam hidup aku. Cuma preggy kali ni aku kurang alah berbanding dua yg sblm ni. Tekak pun xde rasa nak makan je mcm kandungan yg sebelumnya. Senang x senang, susah x susah, tp klu dah namanya pregnant dunia agak sikit bertukar. Maklum ler, fizikal pun dah berubah. Nak buat ape2 kena hati2.
Hasil dari pemeriksaan doktor, kiraan due date jatuh pada 22 November 2013. Iye, dalam tempoh tu juga aku bz dengan rutin harian anak sulong yg bersekolah + jarang menghabiskan masa duduk berteleku kat depan pc. Biz online aku pun agak slow dalam tempoh ni. Tapi bisnes ni akan aku pertahankan walaupun perlahan coz dah sebati dengan jiwa aku. Rezeki itu rahsia Allah. Aku cuma berusaha mengikut kemampuan aku.
Trimester pertama kandungan kali ni, aku selalu rasa nak makan benda yg masam. Orang kata aku mengidam.. Tak!! aku x rasa pun yang aku mengidam (tp itu lah kot perasaan mengidam sebenarnya). Nak kata macamana ye?.. Perasaan tu lebih pada selera aku pada tempoh tu mmg nak makan benda2 masam. Dan x sampai tahap yg "kalau x dapat makan, jadi sedih atau merajuk". Cam tu lah lebih kurang. hehehe..
Trimester kedua, rasa nak makan masam2 tu terus hilang secara tiba2. Pelik tp itu hakikatnya. Aku mmg takut kalau orang kata aku mengada2 nak itu ini time2 mengandung ni. Tp kalau ibu2 yg pernah melalui fasa mengandung, rasanya hangpa mesti faham perasaan tu kan. Alhamdulillah, trimester kedua dilalui dengan kesihatan yang baik dan jayanya bertemankan suppliment shaklee. (yg ni sape2 nak pun boley contact aku. hage terbaek punye.!!) pm je kat fb/fanpage tau. :)
Trimester ketiga, perut semakin membesar tp kali ni berat badan aku agak kurang naik. Mungkin sbb selera makan aku agak berkurangan. Pengambilan makanan sama mcm sblm preggy. Aku x risau sbb ada ambik suppliment, so aku rasa bb dapat cukup khasiat dah. hihi. Hasil ujian imbasan kali mengesahkan kandungan kali ni adalah GIRL. Alhamdulillah, gugur jugak air mata aku. Berakhir sudah penantian kami. Namun disebalik kegembiraan, ada sedikit kedukaan. Aku disahkan mengalami fibroid bersize 7cm. Mmg rasa mcm dunia bergegar bila dapat tahu. Tapi kehidupan perlu diteruskan & aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Aku pun mula la sibuk buat persiapan untuk menyambut baby girl. Over excited mak nak.. ihihih. Beli baju baru, pink kare belaka. Baju lama abang2 dah x heran dah. Rezeki baby la jugak kan. Sementara tu jugak, aku sebok buat persiapan raya memandangkan due date aku jatuh pada minggu pertama hari raya. Pening jgk kepala memikirkan baju untuk diri sendiri. Mmg jubah adalah solution untuk ibu2 mengandung mcm aku kan. Tp aku ada masalah mencari size yg sesuai (mgkin x jumpa tempat yang betul). Semua tempat yg aku try ketat belaka. Last2 aku terjah jugak jakel untuk beli kain & tempah jubah ikut size sndiri. Lg puas hari & jimat sebenarnye. Baju suami & anak2, alhamdulillah settle.
Raya 2013 ~ kalau ikut giliran sepatutnya kami berhari raya dirumah sebelah suami. Tp aku cuba membuat permohonan untuk balik ke kampung aku. Alasannya, takut besalin sebelum balik berhari raya kat kampung aku. Permohonan DILULUSKAN. Yes!! Balik lah kami berbondong2 menumpang kereta adik perempuan berbekalkan baju2 baby sbg persediaan kot2 terbesalin kat kg.
Memandangkan balik kali ni menumpang kereta orang, so kena la ikut schedule cuti dia. Raya ke-4 dijadualkan kami balik ke shah alam. Tapi rupanya baby xmo balik shah alam. Adoi la baby.. Mama dah booking bersalin kat Pusat besalin barakah. Bukan ape, kalau boleh mama nak orang yang menyambut tu biarlah perempuan.. Semua dah tertulis, nak dijadikan cerita hari sabtu (raya ke-3) petang tu aku dah rasa mcm ada air ketuban. (1st experience.. sebelum ni kalau nak besalin, keluar darah dulu). Memandangkan malam tu ada tetamu datang, aku bertahan dulu.. Bila semua tetamu dah bersurai aku decide untuk terus kehospital.
Sampai hospital lebih kurang pukul 11 lebih, aku terus dimasukkan ke labour room. Alhamdulillah, 11/8/2013 jam 4.18pagi, aku selamat melahirkan seorang puteri yang dinanti2. Baby disahkan sihat dengan berat 2.8kg. Kecik dari abang2 dia.
Baby Rauzah Aqilah.
