Monday, April 25, 2011

dULu > sEkArAng

 Dulu > hanya kami ber-2..

.
.
.
.
.
.
.

 

 Lepas tu > kami ber-3......
.
.
.
.
.
.
.

 

Sekarang > kami ber-4...


>
>
>
>
.
.
.
.
.
.
.
>
>
>
>


::mood :gembira::

Thursday, April 21, 2011

Apa yg paling aku takut?

Kejadian pagi tadi semasa ondaway ke opis buat aku tergerak nak tulis entry merepek meraban ni.  Mane idak nye, kadang nak tercabot nyawa pon ade. Pasai.... dah banyak kali aku nak terlanggo, penunggang beskal. Dulu2 masa br pandai pegang stereng, perkara yg paling risau, bila nak masuk roundabot. Sekarang,  aku dah terer masuk roundabot, tp selalu bertembung dgn org bwak beskal nak melintas kat roundabot. Adoi... bahaya tau! Seb baik la time aku emergency brake, xde kete kat belakang.  Kalau x, x pasal2 naya tu kan kene kat aku!!.. Rasa nak luruh jantung pun ade. huhuhu..

kalo dah jatuh terjelepuk mcm ni sape nak jawab! hehehe..

Kalau dia melintas dgn pantas xpe la lagik! Ni dah nampak ada kete, pastu nak jugak2 lintas tp ala2 siput. Ya-Allah....  sabo je la. Namun, itu hak dia jugak sebagai pengguna jalan raya. Cuma mgkin kena berhati2 sikit. Kalau tidak.. malang menimpa okey!..

Wassalam..

Friday, April 15, 2011

Hari bahagia Radiatul Mardiah

Entry tertunda.. Layan gambo je la ye..







Sangat happy dpt menghadiri majlis ni.. Tahniah buat Atul dan pasangan yg sama cntik dan sama padan. Bagai pinang di belah belah..hehehe.. Credit buat Munalizalili Sapian Sahuri yg menyumbang lalu ku mencilok gambo2 ni. Gambo penuh boleh tgk kat fb muna..kat blog Zaina Hafiza pon ade.  Kat sini aku masuk gambo sikit2 je buat kenangan.. Seronok dpt jumpa sume kwn2 yg dtg... Majlis atul agak meriah a.k.a grand a.k.a gempak.  Tapi,  sian atul dilanda kemurungan akibat sedikit ketidaksempurnaan majlis yg mmg xdpt diduga.  Bagi aku, kita merancang, Allah menentukan.. Xyah la tension sgt smpai memudaratkan diri..  Yang penting majlis yg di impikan dah selesai.. Banyak lagi benda lain yg kena pikir lepas kawen. 

Semoga Atul dan pasangan berbahagia hingga hujung nyawa..

Thursday, April 14, 2011

Pergi meninggalkan semua menyahut seruan ilahi..

Dalam kerisauan aku menghadapi dugaan dek kerna akeem diserang pelbagai penyakit dalam masa 2 minggu ni, ada insan lain yg lebih hebat diduga oleh-Nya. Terbaca status di facebook yg ditulis oleh salah seorang pelanggan aku Zahra Mia bahawa cahaya hati yg diberi nama 'Mya Soffea Hannah' , yg dikandung selama 9 bulan 10hari, dan baru saja dilahirkan pada 20/12/2010 seberat  3.6kg telah pergi menyambut seruan ilahi, meninggalkan insan2 yg terlalu menyayanginya.  Puncanya, baby tersedak susu dalam jagaan pengasuh. Terpaku jugak aku bila terbaca status tu.

Manakan tidak, perkenalan dgn Zahra yg hanya bermula sebagai seorang pelanggan yg membeli tungku baby  untuk buah cinta yg bakal dilahirkan, x berakhir begitu saja.. Kami saling berbalas mesej, walau bkn selalu.. Pengalaman pertama zahra melahirkan buat dia byk btanya soal menguruskan baby, aku yakin bukan pd aku sorang je... Soalan beliau aku jawab mengikut pengalaman yg pernah aku lalui..



Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. Terpandang wajah akeem, terbayang baby Zahra.. Oh! sedihnya... Moga Zahra tabah melalui detik2 yang sgt menyedihkan.  Takziah buat Zahra dan keluarga.. Al-fatihah buah arwah baby 'Mya Soffea Hannah'..



* Syurga menantimu sayang...

Wednesday, April 13, 2011

Dulu > sekarang

 Muhammad Yusuf Arami satu masa dulu (rambot cam rambot'an')


Muhammad Yusuf Arami @ ulang tahun ke-4

Saturday, April 9, 2011

Macam2 akeem..

Hari ni, lawatan sambil belajar ke kilinik famili untuk yg ke-2 kalinya dalam minggu ni.  Akeem still ada muntah2 tp bukan kronik dek kerana dia xmo menyusu.  Alahai akeem.. Nape la xnak susu.  Kalau dah boleh makan tu mama xde la risau sgt. Dua kali jmpa dokter (dua dokter tu bukan dokter yg sama), dua kali jgk aku tnya "dokter boleh x bagi nestum".. jawapan nya "NO"..  Padahal aku dah curik2 bg sbb sian dia lapo.. tp bancuh cair2 je..  Memang menguji kesabaran.. Tp terpaksa la jgk pujuk2 bg air masak/air zamzam.. semalam ada la jgk buat air kanji ng kat akeem.  At least dia x lapo sgt. Dan keputusannya,, mmg dia x meragam mcm yg berlaku kat umah pengasuh..

Tadi, dokter x bg ubat pape, cuma dokter bekalkan satu tin kecik susu novalac mmg rumusan khas untuk bayi yg ada kembung. Caj rawatan? RM10 je.. Susu tu dia bg free.


Ondaway balik dr klinik akeem nak la pulak menyusu, tapi x byk.. ok la, better dari dia xnak langsung.. tp sampai umah muntah balik. aku bg ubat muntah+gripe water = akeem pon tido. Bila dia bangun  aku bancuhkan susu novalac tu. Alhamdulillah dia minum sampai abes..


Semoga akeem pulih seperti sediakala..



Thursday, April 7, 2011

Hai la anak2...

Malam tadi mood si abang agak baik.. Aku ambik buku "Peter & Jane" dari beg sekolah dia dan ajak dia baca. Alhamdulillah.. Dia boleh baca perkataan2 yang aku tunjuk.. Walaupun ade la jugak perkataan yg dia xtau. Tp bagi aku, ok la tu. Aku x expect tinggi sgt sbb umur dia pun blm mencecah 5 tahun.. Badan je beso macam budak darjah 2. 

Ni buku siri pertama Peter n Jane. Sebelum ni rupe buku ni pun aku tak kenal.


Antara kandungan buku Peter and Jane. Gud xperience untuk aku jgk..

Semoga abang terus maju jaya.. Caiyok2!!

Sukan tahunan tadika oren.. Terpilih untuk masuk acara makan biskut, sbb abang ami memang kuat makan..muahahahahaha!!!!

Wednesday, April 6, 2011

Bukan mimpi, tapi realiti..

ape kaitan dgn gambo ni?


Kalau ada silent reader dari kalangan opis mate aku, korang musti  tau ape kaitan tajuk entry dgn gambo kat atas tuh! heheheh.. Jom ramai2 kita cakap "tq bos!!"...

Sebagai tanda terima kasih kitorang pada bos jugak, esok kitorang akan hadiahkan boss sebijik kek sempena dengan besday bos yang ke-49 ye!  Sbb boss dah *'fight for it' bertegang leher (diorang kate la..sbb aku xde mase kejadian tu berlaku..) tuk dapatkan pc baru tuk sume staff kat departmen kita. (ekekeke!! padahal kek ni mmg kitorang dah plan nak beli awal2 lg..)

Tajuk kek ni, Carrot Almond Cheese Cake @ http://dashbuttercream.blogspot.com
Harap boss suke.. Semoga boss panjang umur dan cepat dapat jodoh..
(tp ni bukan gambo sebenar)

Dah belas2 tahon aku dok kat opis ni, nila 1st time dapat merasa pakai pc yg baru bukak dari plastik..huhuhu.. berape punye susah daaa... tapi harini sume hati ade munge2...ngengenge... Syukur alhamdulillah.. Walaupon bukan dari jenama dell/acer (tu je nama yg aku tau) pun xpe.. janji setanding dengannye. 'Cap ayam' pun xpe..

Cakap pasal cap ayam ni, orang salu kaitkan 'cap ayam' dgn brg yg xde kualiti/brand. Nape ek! tu yang aku naik heran tu! sbb kalau sadin 'cap ayam' kan ke mahell?  Sape boley jawab? kihkihkih!!!




* nak jadi kan cerite, tetibe ade somebody tanya.."eh u ols punye pc sume dah pasang ke?" I jawab.. "dah".. pas tu dia kata " ye la.. sebab my pc rosak, u ols punye pc pun kena tukar"..  ERK!!!!!

Sunday, April 3, 2011

Rumahku yg x berbumbung..

Rumah ai belom siap sepenuhnye la..





Alahai malu la pulak pada folower..Heh3.. Maklumle rumah folower gempak giler.. Pada folower sile cadangkan ape2 material yg bagos untuk menambahbaik rumah yang baru aku bina ni ye.. Nak kena tambah simen ker..tukor cat ker...nak kene gantong frame gambo kat dinding ker...ape2 je la untuk kemajuan rumah baru aku nih!  Klu pasal entry, xleh nak kata ape la. Sbb tema belog aku ni agak rojak pasembor, plus aku pun bukannye pandai beno nak mengarang cerita..hehehehe...

Tapi berbalik pada tujuan asal aku ber'belog' ni, sekadar mencipta kenangan..dan belog ni jugak xkan jadi bertaraf antarabangsa..(xtau le satu hari nnti kan!)..


Ok! jangan lupe ek bg cadangan.. ada hadiah menanti. hihihi...

Saturday, April 2, 2011

Salam Takziah..

Saat kita bergembira, jangan lupa pada yg berduka.. Dalam kegirangan aku menulis entry ni, aku dikejutkan dgn berita pemergian satu2nya cahaya mata Ady (sahabat suamiku yg tinggal berjiran dikawasan rumah ibu mertua) akibat kemalangan jalanraya. Usia anak itu lingkungan dua tahun. Sedih mendengar perkhabaran ini. Aku letak diri sendiri bila menempuh saat duka tersebut..  

Rumah besar yang kita miliki sekarang bukanlah milik kekal.. (tapi rumah aku kecik!) Disinilah rumah sebenar..


Kisah bermula apabila kereta yg dipandu Ady telah dirempuh lori dari belakang.. Anak yg sedang lena berada diseat belakang kereta tercampak kecermin hadapan dalam kereta.. Kereta berpusing2 beberapa kali.  Pemandu lori pulak lesap macam tu je. Khabarnya pemandu seorang india disyaki mabok *todi..Ady n iseri cedera. Anak pulak koma hingga disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 3pagi ni. (3/4/2011).. Innalillahiwainnailaihirajiun.. Semoga Ady dan keluaga tabah menempuh detik2 ini..


* Tu sebab kenapa ALLAH mengharamkan arak..

WASIAT LUQMANUL HAKIM BUAT ANAK-ANAKNYA..

Untuk renungan bersama. Aku bukan insan sempurna, bagaimana pulak cara untuk kudidik anak2 untuk jadi insan yg sempurna. Allahhuakbar! Inilah cabaran buat diriku.  Nota2 yg dicopy paste ini mudah2 menjadi sedikit panduan buat diriku. amin..



 Muhamaad Yusuf Arami suatu masa dahulu..



Muhammad Yunus Hakeem @ 2month old




Ada tiga asas agama ; aqidah, syariah dan akhlak menjadi teras enam wasiat dari Luqmanul Hakim buat anak-anaknya sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran, Surah Luqman : 13 - 19.

1) Meninggalkan serta menjauhi perbuatan syirik kepada Allah ( ayat 13 )..agar dpt mendidik anak-anak dgn teras aqidah iaitu Tauhid kepada Allah swt, Luqman juga berpesan dan memperingatkan anaknya supaya tidak melakukan syirik kpd Allah swt, dan sentiasa membersihkan diri dpd sebarang kerosakan dan kesesatan yg berpunca dpd syirik..

2) Berbuat baik pada Ibu bapa ( ayat 14-15 )..mendidik anak-anak untuk sentiasa berbuat baik terhadap ibu bapanya. Walau bagaimanapun, jika kedua ibu bapanya mengajak atau memaksa anak bersubahat dan melakukan syirik ataupun perbuatan yg di tegah oleh agama, ia tidak wajib di patuhi..ini menunjukkan bahawa agama Islam lebih mementingkan hubungan aqidah berbanding hubungan kekeluargaan dan keturunan..

3) Setiap amal perbuatan akan di beri balasan oleh Allah swt ( ayat 16 )..memberi tarbiyah serta menanamkam dalam diri anak-anak akan keyakinan bahawa setiap amal  perbuatan walaupun sebesar zarrah, sama ada baik atau buruk, berlaku secara terang mahupun tersembunyi, tetap akan di hitung dan di beri balasan yg setimpal oleh Allah swt..

4) Mendirikan solat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dpd kemungkaran serta sentiasa bersifat sabar ( ayat 17 )..mendidik anak-anak mendirikan serta menunaikan solat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran serta bersabar sekiranya ditimpa bencana dan erti kesusahan..

5) Menjauhi sifat sombong dan bangga diri ( ayat 18 )..mendidik anak-anak supaya tidak bersifat sombong dan bangga diri serta menggalakkan supaya sentiasa bersifat tawaddu' yang boleh melahirkan keutuhan dalam erti persaudaraan..

6) Bersederhana ( ayat 19 )..mendidik anak-anak supaya sentiasa bersikap kesederhanaan, salah satu dpd sifat terpuji di dalam Islam. Termasuk dalam tuntutan bersederhana ini ialah menjaga dan melembutkan suara yg sudah tentunya menyerlahkan lagi kesopanan seseorang muslim..

wallahu'alam.




AKHIRNYA...

Ye.. akhirnya sebuah lagi blog telah kucipta.. Yang ni pon atas dasar suke suki jgk. Untuk tatapan sendiri or kalau rase nak membebel, boley la aku lepaskan perasaan sorang2 kat sini.  Buat masa sekarang, belom ade rasa nak membebel. Layan gambo dulu.. :)


Our 'centa hati' yg pertama..


Sesuatu yg indah bila dikenang apabila dapat melahirkan seorang anak. Dia yang diberi nama Muhammad Yusuf Arami b. Yusri.  Telah dilahirkan pada 16.10.2006 tepat jam 2petang kat spital Slim River,Perak. (jadi anak perak le kome ye) ..as your kad pengenalan will show -08- kat tengah2 tu. Hohohoho Berat : 3.45kg, panjang 54cm...  Gambo ni di ambil masa umur dia lebih kurang seminggu gitu.  Tengok le pusat pun lom tanggal tau!

Ok.. layan gambo lagi.. zassss


Selepas beberapa bulan... ini le rope budak nye..


Lagi dan lagi..


Ulang tahun pertama

Beskal hadiah ulang tahun yang pertama.. Masa entry ni aku taip, beskal ni da lama hancus. GANAZZZZZ!!!



Layan lagi...

Our 'centa hati' yg ke-2..

Telah sepakat untuk diberi nama Muhammad Yunus Hakeem b. Yusri. Masa gambo ni disnap, usia dia belum sampai 24hrs. Telah kubesalinkan budak ni tepat jam 11.25pm (malam beb.. tu sebab adek gelap sikit..ekekek!!boley pakai ke teori nih?) kat Poliklinik Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang (maknenye kali ni ber'kad pengenalan'kan orang selangor..)hehehehe... Berat : 3.25kg, panjang : 52cm.

Dan lagi...

Tengok je bijik mataku yg merah.

Bersalin kali baru berpeluang tangkap gambo. sbb masing2 senang nak datang. Kenapa bijik mata aku merah? Haaa.. sbb gambo ni diambil pagi selepas aku bersalin.. Dah la malam tu xdapat tido satu malam.. adoii!!! tensen. tp tetap kontrol ayu.. :)



Sekian saja untuk kali ini.. ARIOS AMIGOS!!!