Monday, November 28, 2011

~ Automatik vs manual ~

29/11/2011,

Hari kedua aku ketempat kerja tanpa bertemankan kekasih hatiku.. Nasib la baik ada orang yg sudi meminjamkan kekasih hatinya tapi bersyarat..


Kekasih hati aku.. (gambar hiasan a.k.a ehsan mr. google. -.- )


Memandangkan kekasih aku dah masuk hospital gara2 dicium tanpa izin dari belakang, aku ditemani kekasih orang lain.. Syaratnye, aku diberi masa utk belajar kancil ber'transmisi' manual hari ni.. HUAW WAW WAW WAW WAW WAW !!!!! .. Macam dah xde keyakinan jer? Berapa lama plak masa yg bakal di ambil utk aku memahirkan diri. Atau redah je? Mati tengah jalan pun pandai2 la aku handle?

Rasa2 macam nak cakap macam ni! "AKU LEBIH SANGGUP BAWAK BAS DARI KERETA KANCIL! SYARATNYE BAS TU BERGEAR OTOMATIK! DARIPADA KANCIL BERGEAR MANUAL!"..........

Esok? xtau lagi nak mengharungi hari tanpa dia.. huhuhu.. Ya-Allah ya Tuhanku.. berilah aku kekuatan untuk mengharungi sekelumit dugaan ini.. Moga hari yg bakal aku tempuhi esok dipermudahkan oleh-Mu ya-Allah.. amin..

Wednesday, November 23, 2011

Apa2 pun, aku terima dgn rasa syukur..

24 November 2011,

Seisi alam di dalam Grand Hoover menerima utusan dari pihak pengurusan yg sgt dinanti2 setiap hujung tahun.. Tanpa menunggu walau sesaat, perutusan tu aku bukak utk membaca isi kandungannye.. Beberapa tahun kebelakangan ni, detik2 melakukan perkara ini akan menghasilkan satu perasaan gmbira bg setiap penama utusan tersebut.



Namun tiap apa yg kita lakukan mmg telah siap sedia tertulis dgn habuannya oleh Allah.. Aku tetap bersyukur dgn apa yg aku ada dan apa yg aku dpt.. Memang ini keputusan pihak pengurusan utk menetapkan 'figure' tersebut. Dalam masa yg sama, bila dikaitkan dengan sifat percaya pada 'qada' dan 'qadar' serta syukur dgn nimat/rezeki yg Allah bagi, insya-Allah motivasi akan datang dengan sendiri. Xperlu lagi menuding jari menyalahkan mana2 pihak. Semoga apa yg aku dapat itu  mendapat keberkatan atas apa yg aku lakukan. Yes! seperti yg Prof. Muhaya selalu pesan, 'redha Allah lebih penting dari penghargaan manusia'..

Wassalam.. ^_^

Friday, November 11, 2011

~ 11.11.2011 ~

11.11.11. ~ Nomot yg hangat sangat diperkatakan hari ini.. Apa ada pada nomot nih? Sekadar sedap disebut je. (._.)

Namun ada cerita jugak untuk diri aku disebalik nomot nih! Memandang kan esok (12.11.11) adalah tarikh kelahiran aku, dan memandangkan esok jg adalah hari sbtu (hari tidak bekerja bg kami di Grand Hoover), maka dengan tidak diduga jgk aku telah dikejutkan dgn sebijik cheese kek daripada boss. Uhuh! Walaupun boss xde kat opis td, dia dah siap2 belikan kek tu dan tinggalkan kat dlm peti sejuk.. Jam 4ptg, sorang lg boss (boss kecik) panggil masuk konon nye ade meeting.. Eleh! (padahal aku dah nmpk kek tu awal2 dlm peti) ehehehe.. Just sms boss utk say tq.

Makin bertambah usia, terasa makin dekat dgn mati.. Insya-Allah, tiada majlis yg berunsur 'thoghut' yg akan berlaku.. Semoga iman ku akan sentiasa bertambah..




~ Terima kasih Ya-Allah untuk usia yg telah Engkau berikan..
~ Terima kasih Ya-Allah untuk setiap rezeki yg engkau kurniakan..
~ Terima kasih Ya-Allah untuk setiap cubaan dan dugaan yg Engkau turunkan..
~ Terima kasih Ya-Allah atas limpahan kasih sayang yg Engkau berikan..
~ Terima kasih Ya-Allah atas takdir yg Engkau berikan padaku..


* sangat serba salah bila boss belikan kek..

Wednesday, November 9, 2011

~ Akeem dan hari lahir pertama ~

9/11/2011 -  Akeem's 1st bday.. But no special celebration for his.. Siaannn adik.. Bithday adik jatuh pada hari bekerja. Kami decide pegi jugak 'KFC'. Tapi adik titun la.. Mama + Abah + Abang je yg beriya2 makan. Kakakaka!!


Gambar terbaru sehari sblm bday akeem. Time ni
baru je balik dari gondolkan rambut.
*Trademark dia klu nak tidur >
hisap dua jari sambil pegang
tuala.. Xde tuala kompom
 x tido!


Since bday mama pun akan tiba pada hari sabtu 12/11/2011, so mama akan try buat dabel celebration tuk kita ye dek.. Masih berfikir2 lg apa bentuk celebration tu. Mgkin nak convert pada aktiviti outdoor.  Rasa2 kali ni mcm xnak beli kek. Tapi kalau dah nama harijadi, kalau xde kek mcm x bes je. Padahal sebenarnye klu beli kek, mama sorang je yg belasah kek tu sampai lebam. Kek tu cuma simbolik je. Adoyai.. Serba salah pulak. huhuhu..

Apa2pun mama akan cuba tuk gembirakan adik sempena hari lahir adik ye.. Luv U dek.. :-*