Tuesday, May 17, 2011

Kerana nila setitik...

Hari ni, ada lagi satu kes salah seorang kawan dalam frenlis arami's shoppe, dia macam aku jugak.. Berniaga online dan dalam masa yg sama menjadi pembeli online juga... Ceritanye, dia membeli barang dgn satu peniaga online ni, dah sebulan transfer duit kat peniaga tu, tapi barang x dapat2.. Aduhai... Memang sensitif kalau aku dapat tahu perkara ni.. walaupun aku xdapat nak tolong, tapi itu la dia. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

Orang2 mcm ni la yg jadi pembunuh peniaga lain akibat hilang kepercayaan.. Risiko berurus niaga secara online mmg xdapat dinafikan.. Kedua2 pihak berpeluang untuk ditipu.. Bagi aku sebagai peniaga, terasnye adalah kejujuran dan keikhlasan sbb tujuan asal berniaga adalah untuk menambah pendapatan.. Pendapatan tu walaupun sedikit, kita guna untuk keperluan hidup.. Hidup pula untuk mencari keberkatan.. Biar lah untung x banyak, asalkan jangan menipu..

Nauzubillah.. kita cuma hidup didunia yang sementara. Janganlah mengejar kekayaan di atas kemarahan orang lain..

Salam...

No comments:

Post a Comment