Showing posts with label akemm. Show all posts
Showing posts with label akemm. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

~ Macam2 akeem ~

2 minggu dah berlalu, hari ni baru ada kesempatan nak berentry pasal sikecik akeem ni lagi. Alkisah budak kecik ni dimasukkan ke wad kanak2 @Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Letih dah nak cerita panjang2.. So meh tengok je kronologi kejadian yg tersebut diatas. -.-


- Pertengahan bulan disember 2011 ~ Akeem diserang chicken pox.


- 15.1.2012 ~ Lepas makan buah2an dari kg (akeem suka sgt makan manggis & rambutan) tiba2 dia batuk. Muntah berkali2 & lepas beberapa jam badan akeem mula panas. Aku capai termometer selit kat ketiak akeem.. bacaan menunjukkan suhu badan akeem 37.8 darjah celcius..


- 16.1.2012 ~ Macam biasa anta akeem ke nursery pagi2 dengan berbekalkan ubat demam. Tapi cikgu kata, x demam sepanjang siang. Sampai rumah, baru perasan nafas akeem x normal. (agak laju & berbunyi).. X sempat nak keja g klinik malam tu, so tunggu esok pagi.


- 17.1.2012 ~ Pagi2 kami anak beranak menuju ke klinik kesihatan terdekat. Setelah berejam menunggu, dokter kata paru2 akeem ada jangkitan kesan dari serangan chicken pox haritu. Terus bagi nebulizer. Lepas 15minit, dokter cek balik tapi masih xde perubahan. Dengan sopan santun, dokter nasihatkan akeem kena masuk wad utk dapatkan rawatan lanjut.

Masa tu, muka aku terus tukar. Rasa nak nangis pun ada, tapi kutahan2 je.  Tapi demi kesihatan sikecik, terpaksa rela menurut kata yg lebih pakar. Buat pertama kali dalam hidup, aku ke hospital TAR menaiki ambulan bersama akeem..

Pukul 4 petang, akeem selamat ditempatkan di wad kanak2.




Nak dijadikan cerita, masa ondeway menuju kewad, terjumpa pulak parent kepada kawan se'nursery' akeem.. Rupanya, kawan akeem pun masuk wad jugak sbb demam yg terlalu tinggi kesan dari chicken pox jugak.

Harini, baru dapat tahu buah manggis tu rupanya sejuk. Kalau ada penyakit paru2 x elok makan benda2 yg sejuk. Mungkin jugak manggis jadi penyebab. T_T


- 18.1.2012 ~ Pukul 4.30 petang, akeem di sahkan boleh discharge. Oh Tuhan... syukur sangat2.. Lebih Kurang 24jam je duduk kat dalam wad. Tapi terasa sangat lah lama.

Alhamdulillah, akeem dah perlu guna benda alah ni lagi..


Perkara yg mmbuatkan akeem sangat marah. Tp terpaksa jugak bagi demi kesihatan akeem.



Cuma akeem perlu makan antibiotik selama 7 hari.  Masa entry ni ditulis, akeem dah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah.

Meh layan dulu hasil tangkapan masa kat hospital.. hehehe..



*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*

Wednesday, November 9, 2011

~ Akeem dan hari lahir pertama ~

9/11/2011 -  Akeem's 1st bday.. But no special celebration for his.. Siaannn adik.. Bithday adik jatuh pada hari bekerja. Kami decide pegi jugak 'KFC'. Tapi adik titun la.. Mama + Abah + Abang je yg beriya2 makan. Kakakaka!!


Gambar terbaru sehari sblm bday akeem. Time ni
baru je balik dari gondolkan rambut.
*Trademark dia klu nak tidur >
hisap dua jari sambil pegang
tuala.. Xde tuala kompom
 x tido!


Since bday mama pun akan tiba pada hari sabtu 12/11/2011, so mama akan try buat dabel celebration tuk kita ye dek.. Masih berfikir2 lg apa bentuk celebration tu. Mgkin nak convert pada aktiviti outdoor.  Rasa2 kali ni mcm xnak beli kek. Tapi kalau dah nama harijadi, kalau xde kek mcm x bes je. Padahal sebenarnye klu beli kek, mama sorang je yg belasah kek tu sampai lebam. Kek tu cuma simbolik je. Adoyai.. Serba salah pulak. huhuhu..

Apa2pun mama akan cuba tuk gembirakan adik sempena hari lahir adik ye.. Luv U dek.. :-*


Monday, August 22, 2011

Ada lagi??

Ingatkan dah oKey! Rupanya? Ermmm..

Jam 5pagi td, ku sentuh dahi sikecik... PANAS MENYERANG KEMBALI!!!!! ... Aduhai kecik.. Mama ingatkan dah merdeka.. Semalam dari pagi sampai kemalam stabil je kamu.. Suhu badan pun ditahap yg normal.. Tiba2? ...................


Nak x nak, hari ni TERpaksa meng'Emergency Leave'kan diri.. Bawak kecik ke klinik kesihatan, tgk apa dokter kata.. Ini pilihan terbaik dari pergi meredah hospital..uhuuhuuu.. Fobia udah rasenye kalau sebut perkataan tu..

Alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar.. tunggu pun xde la lama sgt.. (1jam.. ok le tuh.. klu g spital, xde 4 jam, jgn cakap).. Sikecik kena cucuk utk diambil darah..

Keputusan?

~ ~ ~ ~ ^ ^ ^ ^ ^ ~ ~ ~ ~

................

...........

.......

...

.


Alhamdulillah, keputusan darah pun ok... Xde jangkitan kuman. Dokter pun kata x perlu risau. Cuma demam biasa je.. Lega la sikit hati mendengar. Harap2 sikecik sihat2 aja ye.. Mama sgt risau kalau kamu demam tau!

Luv U kecikkk!!!  :-*

Sunday, August 21, 2011

Syukur..

Alhamdulillah, satu dari ujian Allah telah berjaya aku harungi dgn jayanya.. Suhu badan sikecik semalam mencecah 39.5 darjah celcius, buat aku x tidur. Cari alternatif supaya sikecik x diserang sawan.. Walaupun sikecik tu marah sbb xsuka diletak coolfever/kain lembab kat dahi, aku buat jgk walaupun nmpak mcm agak kejam.. Demi memastikan suhu badan kecik tu turun pada tahap yg x membimbangkan..

Pagi tadi, suapkan dia air zamzam sambil berdoa semoga kecik disembuhkan dari demam.. Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan.. Demam sikecik x menyerang lg setakat ni.. cuma batuk n selsema je. Bermakna, lepas jgk la dari kena mengadap dokter dihospital... Alhamdulillah, syukur pada Allah.. Harap2 esok dapat menjalani rutin harian seperti biasa.

Cuma aku perasan harini,walaupun badan dah x panas.. ragamnya lain macam.. Asek merengek nak didukung... Tapi dah dapat akal baru. Pandai berdiri sendiri tanpa bantuan.. Tindakbalas  komunikasi pun makin ada perubahan positif.. Syukur syukur dan syukur.. tula orang tua2 kata demam nak dapat akal baru.. :)


Melabuhkan tirai malam.......... Nak menjenguk kecik di tiduran.. ZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz.. Nite..


Saturday, August 20, 2011

Adekah?..huhuhu

Hari yg ke-2 setelah sikecik akeem mengambil antibiotik yg lebih power.. namun xde perubahan yg lebih baik.. Ya-Allah, adekah esok akan bermula episod untuk aku ke hospital?


................................................

.........................................
.................................

.........................
.................

.......
...

.
Baiklah.. Mama akan buat yg terbaik utk adik.. Maka esok kita ke hospital ye sayang..

Saturday, April 9, 2011

Macam2 akeem..

Hari ni, lawatan sambil belajar ke kilinik famili untuk yg ke-2 kalinya dalam minggu ni.  Akeem still ada muntah2 tp bukan kronik dek kerana dia xmo menyusu.  Alahai akeem.. Nape la xnak susu.  Kalau dah boleh makan tu mama xde la risau sgt. Dua kali jmpa dokter (dua dokter tu bukan dokter yg sama), dua kali jgk aku tnya "dokter boleh x bagi nestum".. jawapan nya "NO"..  Padahal aku dah curik2 bg sbb sian dia lapo.. tp bancuh cair2 je..  Memang menguji kesabaran.. Tp terpaksa la jgk pujuk2 bg air masak/air zamzam.. semalam ada la jgk buat air kanji ng kat akeem.  At least dia x lapo sgt. Dan keputusannya,, mmg dia x meragam mcm yg berlaku kat umah pengasuh..

Tadi, dokter x bg ubat pape, cuma dokter bekalkan satu tin kecik susu novalac mmg rumusan khas untuk bayi yg ada kembung. Caj rawatan? RM10 je.. Susu tu dia bg free.


Ondaway balik dr klinik akeem nak la pulak menyusu, tapi x byk.. ok la, better dari dia xnak langsung.. tp sampai umah muntah balik. aku bg ubat muntah+gripe water = akeem pon tido. Bila dia bangun  aku bancuhkan susu novalac tu. Alhamdulillah dia minum sampai abes..


Semoga akeem pulih seperti sediakala..