Sunday, December 18, 2011

~ Entry untuk sikecil

16/12/2011 - Tarikh keramat sikecil apabila dia selamat melihat dunia. Setakat ni belum ada pengisytiharan namanya lagi, lantaran kesibukan si ayah mengurus si ibu.. Sikecil masih berada didalam wad, terpaksa berpisah dengan si ibu yg tidak dibenarkan bermalam diwad kerana disahkan sihat. Procedure yg terpaksa dituruti.

Ketika entry ini ditulis (19/12/2011) bersamaan 3 hari usia sikecil, namun melalui hari yg agak getir.  Seluruh keluarga belum dapat menatap wajah sikecil kecuali ayah & ibu. Disebalik kepayahan itu, hanya Allah yg maha mengetahui perasaan ibu yg melahirkan.  Teserlah juga akhirnya perasaan kebapaan seorang insan yg bernama Inspektor Rizal.

Itulah rahmat kelahiran sebuah nyawa.. Menerbitkan rasa yg sangat subjektif.  Apa yg berlaku telah tertulis.  Semoga adik2ku tabah melalui dugaan yg Allah berikan dalam mencari hikmah yg tersembunyi disebalik apa yg berlaku.  Sangat2 bersimpati dengan sikecil.. Bermohon kepada-Nya mudah2an diberi keajaiban dalam kesihatan sikecil.

*Nota buat adikku ~ berilah lambaian selamat tinggal buat bumi kenyalang secepat yg mungkin. Sikecil memerlukan sentuhan berpanjangan oleh seorang bapa.. -.-

No comments:

Post a Comment