Showing posts with label salam takziah... Show all posts
Showing posts with label salam takziah... Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Pergi meninggalkan semua menyahut seruan ilahi..

Dalam kerisauan aku menghadapi dugaan dek kerna akeem diserang pelbagai penyakit dalam masa 2 minggu ni, ada insan lain yg lebih hebat diduga oleh-Nya. Terbaca status di facebook yg ditulis oleh salah seorang pelanggan aku Zahra Mia bahawa cahaya hati yg diberi nama 'Mya Soffea Hannah' , yg dikandung selama 9 bulan 10hari, dan baru saja dilahirkan pada 20/12/2010 seberat  3.6kg telah pergi menyambut seruan ilahi, meninggalkan insan2 yg terlalu menyayanginya.  Puncanya, baby tersedak susu dalam jagaan pengasuh. Terpaku jugak aku bila terbaca status tu.

Manakan tidak, perkenalan dgn Zahra yg hanya bermula sebagai seorang pelanggan yg membeli tungku baby  untuk buah cinta yg bakal dilahirkan, x berakhir begitu saja.. Kami saling berbalas mesej, walau bkn selalu.. Pengalaman pertama zahra melahirkan buat dia byk btanya soal menguruskan baby, aku yakin bukan pd aku sorang je... Soalan beliau aku jawab mengikut pengalaman yg pernah aku lalui..



Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. Terpandang wajah akeem, terbayang baby Zahra.. Oh! sedihnya... Moga Zahra tabah melalui detik2 yang sgt menyedihkan.  Takziah buat Zahra dan keluarga.. Al-fatihah buah arwah baby 'Mya Soffea Hannah'..



* Syurga menantimu sayang...