Wednesday, July 6, 2011

Hatiku syahdu..

Dah sebulan x berentry kat sini, nak kata sebok, xtau la apa yg disebokkan. Cuma rutin harian mmg agak penuh sampai masa utk diri sndiri pun agak kurang. Dunia ku hanya rumah dah kerja..

Cerita yg buat hatiku tersentuh ni bukan la apa sangat pun.. Alkisahnya, aku ada la menjual telekung kat sini selain item2 lain tu.. Dua hari lepas, aku dpt satu sms yg menyatakan dia minat nak beli telekung yg aku jual ni.. oklah.. itu perkara kecil je buat aku.. sms yg aku balas lebih kurang bunyi cam ni la.. "komen je kat gambar mana yg jd pilihan".. (sbb masa tu dah jam 11malam + -).  Esoknya, xde pun komen kat mana gmbr yg dinyatakan aku tgk.. dlm hati kecil aku, mgkin xjadi kot.. xpe lah, mgkin customer sekadar bertanya.  Hari ni, si penghantar sms tu telah sekali lg menghantar sms tanya cemane nak order.  aku pun stat la menekan2 keypad hp cap ayam tu.. Bila stat taip, rasa mcm 'ahh!!! tipon lg senang kot!' nombor sipenghantar sms tu pun aku dial menggunakan harta opis (huhuhu)..

Sangat mengejutkan! si penghantar sms tu rupenye seorang lelaki! Alahaii.. sejuk hati aku.. Seorang lelaki mencari telekung untuk insan yg tersayang.. (huwaaa!!! sedih rasa nak menangis pun ada).. Bagi aku susah nak jumpa insan2 seperti ini..


Buat si penghantar sms (walaupun dia x baca entry aku ni), aku doakan dia mendapat cebisan pahala di atas ibadah yg dilakukan oleh sipenerima pemberiannya itu..

Aminn...

Thursday, June 9, 2011

Kek oh kek.. ^_^

Keterlaluankah?  Mana x nye,... dalam minggu ni je dah 3 biji kek akak buat nyah.. hehehe.. Gara2 xnak mensia2kan oben butterply yg diangkot dari kg mggu lepas. Teruja nengok kawan2 mampu buat kek yg aku anggap 'canggih' (sesuai ke perkataan ni untuk sebijik kek!eheh eheh!!). Terutamanye kek ReD VeLveT.. Akak baru je berkenalan dgn kek ni. Memang x terungkap dia punye mabeles..

Maka atas keterujaan itu, telah ku merangkak2 mencari resepi lantas ku mengadun satu persatu bahannya mengikut resepi.. Resepi pilihanku >>> kek butter.. sebab: bahan2 asasnya yg sgt mudah. Cobaan pertamaku, agak mengeciwa,,.... namun terubat dgn rasanya yg agak mabeles..(hehehe.. ubat hati sndiri).  Lepas dua hari, aku buat lagi, tp ku olah sedikit resepi tu. Alhamdulillah, boleh le bg jiran2 merasa (tp xtau la ape komen jiran2 tu.. x tanya pulak..ekekeke)..

HARI INI!!!............................................................. sekali lagi ku adun resepi tu dan aku upgradekan lagi dengan menambah kaler pada kek tu.. Padahal rasa kek tu same je.. ~_*..



DAN

>

>

>

>


TADA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




>

>

>

>

>


Lebih korang gini le rope dia.. sbb aku x dpt nak snap gambo.. so aku telah meng'copy' paste dari blog orang lain.. hehehehe...bukan nak nipu, tapi mmg kek ni yg aku buat cuma tekstur kaler tu lain la sikit.

So, nantikan kemunculan kek2 yg lain akan datang..(kalau masih bersemangat.. n_n)


Salam...

Monday, May 30, 2011

si abang & aktiviti disekolah..

Entry bergambar je.. ~_^

 Berbaris menuju ke klinik gigi.. pemeriksaan gg percuma.



 Aktiviti ber main pasir.. Kapten berbaju hitam sedang menunggu giliran.. Orang lain sume pakai uniform tp abang ami pakai baju biasa je.. huhuhu..


 Ini hasil2 yg terhebat! hahaha..







gambar ehsan : tadika orange,..

Wednesday, May 25, 2011

Fenomena matahari tegak di atas Kaabah..

Info dari : Falak Online


Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
[Image: istiwa-azam1.jpg?w=468&h=272]

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?


Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. ( Rujuk gambar di atas )
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat kita semua..

Sebarkan, insyaALLAH…


Tuesday, May 17, 2011

Kerana nila setitik...

Hari ni, ada lagi satu kes salah seorang kawan dalam frenlis arami's shoppe, dia macam aku jugak.. Berniaga online dan dalam masa yg sama menjadi pembeli online juga... Ceritanye, dia membeli barang dgn satu peniaga online ni, dah sebulan transfer duit kat peniaga tu, tapi barang x dapat2.. Aduhai... Memang sensitif kalau aku dapat tahu perkara ni.. walaupun aku xdapat nak tolong, tapi itu la dia. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

Orang2 mcm ni la yg jadi pembunuh peniaga lain akibat hilang kepercayaan.. Risiko berurus niaga secara online mmg xdapat dinafikan.. Kedua2 pihak berpeluang untuk ditipu.. Bagi aku sebagai peniaga, terasnye adalah kejujuran dan keikhlasan sbb tujuan asal berniaga adalah untuk menambah pendapatan.. Pendapatan tu walaupun sedikit, kita guna untuk keperluan hidup.. Hidup pula untuk mencari keberkatan.. Biar lah untung x banyak, asalkan jangan menipu..

Nauzubillah.. kita cuma hidup didunia yang sementara. Janganlah mengejar kekayaan di atas kemarahan orang lain..

Salam...

Monday, May 16, 2011

Sinar vs Ikim

Biase la.. Entry aku kalau xde gambo mmg xsah.. hehehe...


Nape aku letak gambo ni?... Tula nye,.... (bahasa ape aku pakai ni?hihihihi)... Aku kalau pregnant memang suka dengar radio ni time memandu... bila dah besalin dan habeh pantang anak ke-2 ni, dah jd x berapa biasa nak dengo channel lain (ya-Allah ya Tuhanku,.. jauhkan lah aku dari perasaan riak).. bukan nak tunjuk baik, tapi dalam usia yg mcm ni, adalah lebih bermanfaat rasa nya mendengar sesuatu yg penuh pengisian... Tp kalau En. Yusri yg memandu, otomatik channel itu btukar kepada channel yg sinonim dgn penyampai yg bakal beristri 4 tu..hehehe.. malas nak gado2.. ikut je la..

Rupenye, kesukaan aku diperhati oleh si abang ami.. mane x nye, tiap2 pagi aku anta ami g skolah... Ini mmg channel rasmi aku,.. Malam tadi, kitorang anak beranak pegi ke kedai dan si abah memandu. bila abah on radio, abang cakap "abah, bukak lagu yg nombor 3".. dlm hati aku, lagu ape yg nomo 3.. tangan aku terus je tekan channel rasmi aku.. Kebetulan masa tu sedang ke udara alunan ayat2 suci.. Si abang kata "ha! adik nak dengar ni!".... (dalam hati aku... alhamdulillah.. sesuatu yg baik sedang berlaku dan meresap dalam hati anak aku,  syukur...) Si abah pulak, muke xde perasaan..hehehe.. xleh nak melawan ok! sbb anak cenderung pada sesuatu yg baik..


Monday, May 9, 2011

DiNaSoUr aLiVe @ PetROscience

Aku sendiri pun x sampai lagi kat tempat ni.. Memandangkan ini tahun pertama Ami bersekolah tadika, maka ini adalah rombongan sekolah pertama yg dia attend.  Dengan bayaran sebanyak rm35 (agak mahal jugak bg aku sebab shah alam-petrosain dekat je.. tp nak masuk tu kena bayo tiket.. klu x salah rm5 je tuk kanak2) aku kasi can ami jalan2 dgn kawan2 sekolah dia.  Mula2 tu risau gak nak lepas, pasal biasanye ami kalau g jalan2 dia suka wat hal sendiri.. Tp, mengenangkan aku xnak ami ketinggalan untuk merasa keseronokan untuk bersama kawan2, aku lepaskan la jgk dia pergi. Alhamdulillah,.. selamat pergi dan selamat balik.

Gambar2 ni aku muat naik dari web site tadika orange... Mohon copy paste ye admin..hehehe. Sekarang ni dah xde nak simpan album gambo mcm aku rombongan time tadika dulu2.. Simpan je kat dlm ni.  Ok layan gambo je..



   Aummmmmm!!!!!! Agaknye binatang ni la kot yang menyambut ketibaan dorang.. hehehe..

.>
>
>
>



>
>
>
>


 Main ape la agaknye tu?
>
>
>
>



>
>
>
>



>
>
>
>


Setelah kepenatan.. Berkelah kat tepi jalan. hehehe

>
>
>
>





Harap ami enjoy!! :)