Monday, September 19, 2011

Syawal ~ menemukan yg terpisah. ^_^



Seperti yg dirancang, akhir hari yg dinanti pun tiba.. 3 family berbondong2 ke rumah Sally. Rupenye dia dah tau kehadiran peserta2 rombongan.. Huhuh!! x surprise langsung! Layan gambo je.. Masing2 teruja nak begambo termasuk tuan rumah.. Suami2 telah dilupakan sementara.. :p




Dari kiri : C sengkang Ma a.k.a Simah, aku, Gyah dan tuan rumah..  



 Beratur mengikut ketinggian.. :))



Sempat lagi satu shoot sblm balik.





* Gambar ehsan kamera hp samsung c-ma.. sorry c-ma, xsmpat mintak permission..hehehe..

Saturday, September 17, 2011

Mood hari raya..

2.30 pagi :

Alang2 lambat tidur, so aku decide utk terus masak2 sempena menyambut kedatangan simah dan jiah aku esok pagi.. Xde la kelamkabut esok pagi2 aku nak memasak. Target : esok pagi clearkan kain baju je.. Pastu dah boleh layan tetamu n semua akan berbondong2 kerumah salmiah suhaimi a.k.a sally.  Yang pasti dia xtau aku akan dtg dgn rombongan ni nnti.  surpriseeee!!!! ape la reaksi dia esok bila tgk aku dtg.. hehehe.. sgt teruja.

Syawal tahun ni agak menyeronokkan coz dpt jmpa kwn2 sekolah.. Harap2 tradisi ni akan berterusan walaupun masing2 dah ada keluarga sndiri...

Cukup setakat ni.. Nak meluruskan tulang belikat pulak kat katil yg sedang menunggu tu.. Letih tpmasih boleh bertahan.. Semua gara2 raya.. :)

Nite..ZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Thursday, September 15, 2011

Aduh! tekanan!

*Saya sayang keluarga kecil saya..

* Saya gembira menguruskan rumahtangga saya..

* Saya , saya, saya...

xde kompromi.. Harus menguruskan semuanya tanpa alasan/rungutan/paksaan.............

Tapi bila datang penyakit tensen!! aduhh!!! mmg x boleh dikawal.. setiap detik dilalui dgn ragam anak2 yg sedang membesar.. si kecik xboleh berenggang setiap saat. si abah bekerja walau dihari cuti. siabang masih boleh belum diharap utk memantau adik. mcmn nak buat keje rumah? nak ketandas pun kena curi2 pegi. Dah mcm pencurik. huhuhu.. Rumah tunggang langgang x boleh nak cerita. Kain batik londeh pun payah nak betulkan! Dalam masa yg sama klu si abang wat perangai, hhmmmm... blood pressure musti tinggi punyer..

Berdoa dan terus berdoa moga2 ditabahkan hati melalui detik2 yg x mungkin berulang kembali.. Mungkin aku merindui saat2 kelam kelibut ni satu hari nnti..
Wahai gembira... selubungilah hari2 kami.. :

LUV U OLLLSSS!!!

Thursday, September 8, 2011

Alhamdulillah ashkurlillah. Semua atas kehendaknya.

Alhamdulillah..

Ingat x lg entry "kes haru" masa bulan puasa haritu? Hari ni pagi2 lg mcm teringat nak cek akaun bank secara on9. Just nak make sure cek tu dapat diproses atau tidak.. Syukur.. Ada pertambahan uwang!..eheheh!! maksudnya cek itu valid la.

Bila tengok uwang suda masuk, hati ada sinang, pc kasi tutup... kejut si abang untuk pegi sekolah..  7.40pagi : bergegas keluar rumah untuk hantar si abang. Hari ni janji nak bwk dia mkn nasik lemak kat restoran peberet dia.. Kunci kereta kucucuh, tapi enjin x dpt dihidupkan. Cubaan kali kedua, ketiga, keempat dan kelima juga gagal.. :(

Seb baik ada bantuan yg x diduga..hehe.. kebetulan je suami baby sitter baru balik tapau breakfast. Aku gtau dia, kete xleh stat la. Dia kata bateri kong ( Aik! baru je setahun tuka bateri). Last2 mintak tolong dia anto di abang kesekolah. Settle satu bab. Tapi sian la abang, x dpt makan nasi lemak sebelum kesekolah. huhuuu..

Sementara tu mintak tolong sorang jiran ni yg berbangsa cina (dia ni ada workshop, tp jauh la pulak!).. Dia pun kata bateri kong. So, dengan murah hati dia menghulurkan bantuan. Walaupun hanya tolong jumper kan dari kete dia, pertolongan tu sngt bermakna.. Pesanan dari jiran yg murah hati : "U jgn tutup enjin ha.. nnti kereta x boleh stat. Terus pegi workshop tau!".. Jawapan aku : "Ok2.. Tq ye".. Tapi masa tu baru jam 7.45pagi. Mana ada workshop bukak lg. Xkan nak tunggu sampai pukul 9. Huhuhuhu.. Ape2 pun terima kasih atas bantuan kecemasan tu.. aku sgt2 menghargai.

Beberapa minit, suami baby sitter yg anto si abang kesekolah pun sampai.  Satu lg bentuk bantuan telah dihulur.. Bateri yg kong tu telah di isi dgn air. Maka dgn jayanya enjin boleh di'off' dan di'on'.. Mood : Happy.. Selamat duit aku. hihihi..

Tapi atas nasihat seseorang, aku ke workshop utk mengecaj bateri kereta.. Setelah diperiksa, katanya bateri kena tukar jugak sbb sblm tu air bateri dah kering kontang.. Gedebak gedebuk, akhirnya bateri kereta yg baru berusia setahun tu terpaksa ditukar...







Nota kaki : Apa jadi dgn cek yg baru ditunaikan?  huwaaa!! Apa2 pun, yg baik datang dari Allah, yg buruk itu datang dari diri sendiri.. (sape suruh x refill air bateri? padan muka aku. :-p )

Monday, September 5, 2011

FB oh FB..

Hari ni telah ku diactivate kan account fb buat sementara waktu ku akibat kebosanan yg melanda.. Dah rasa mcm kurang kepentingan pulak ada account fB.. Dulu2 mgkin rasa nak share sedikit info kehidupan bersama rakan2 yg lama loss contact. Tp sekarang ni dah rasa sebaliknya  pulak. Ditambah dengan friendlist yg ada setengahnya langsung x dikenali......... Ada setengah yg dah aku unfriend kan.. Rasa2 rindu sok akan ku aktip kan semula.. :)

Saturday, September 3, 2011

Syawal yg bermakna..

6 syawal @ 1pagi..

Alhamdulillah.. berlalu sudah 5 syawal yg penuh bermakna berbanding tahun2 sebelum..

Selamat tiba dari kampung halaman petang tadi jam 6.30petang.  Letih yg teramat sgt dari pagi kehulu kehilir + driving.. Fuh!! Mmg x jauh driving cuma 100km (+-).. Kerenah dikecik mmbuatkan badan agak bertambah keletihan.. Sampai rumah lebih kurang sejam, menerima kunjungan mak sedara dan sepupu sepapat. Walaupun agak kurang bersedia sbb baru sampai dari kg., kunjungan ku sambut dgn gembira.. syukur dapat hidangkan jamuan yg agak x seberapa selain dari kuih2 raya.

Un-expected, tahun ni dapat berkunjung kerumah bekas isteri kepada abang ipar bersama2 ibu mertua dan adik beradik ipar pada hari raya yg pertama.. agak happy sbb dpat melihat keikhlasan masing2 utk tidak mewujudkan jurang pemisah antara sesama insan.  Semoga tidak tersimpan secalit dendam dalam hati masing2.

Esok, insya-Allah akan menyambung program kunjung mengujung.. Semoga diberi keizinan oleh-Nya utk kami sekeluarga melakukan aktiviti setahun sekali ni...

SELAMAT HARI RAYA!!

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran..

1 Syawal..

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL BUAT SEMUA UMAT ISLAM..
Alhamdulillah, pertama syawal disambut bersama suami, anak2 dan mertua serta adik beradik sebelah suami.. Penat menjelang syawal tidak dirasai bila dpt beraya bersama2 menziarahi sanak saudara. Walaupun malam menjelang syawal aku cuma dpt lelap cuma 2jam, tapi semangat untuk bersama2 keluarga tak menghalang aku utk bangun awal demi merealisasikan hasrat suami utk solat hari raya di surau berdekatan rumah mak.

Aku kuatkan semangat utk x melengah2kan masa. Tapi apakan daya.... seisi rumah tidur lewat malam tadi, menyebabkan jadual sedikit lari. Sikecik akeem, tidur pukul 2.30pagi penangan 1st time sambut raya. Si abang paling awal masuk tidur (1.30 pagi).. Aku pulak lepas sikecik tidur, layan TV sampai pukul 3.. Gedebuk gedebak, 3.30 pagi masuk tidur, tapi batuk melanda tanpa henti menyebabkan aku langsung x dapat tidur. Apakan daya, hasrat encik Yusri tuk solat raya x kesampaian. Sampai je kat umah mertua, dari jauh dengar pembesar suara kat surau tu, semua jemaah dah start solat. Terlewat 5 minit.. huhuhu..

Tapi x sangka aku dapat lalui masa (sampai entry ni ditulis jam dah melewati 11.30malam).. Masih boleh berentry.. Cuma jam 8malam tadi, aku mintak encik yusri jagakan sikecik. Nak rest kejap sbb jam 9malam nak layan "NUR KASIH THE MOVIE".. heh3!!!

Harap2 malam ni dapat merehatkan diri secukupnya. Esok akan menyambung perjalanan pulang ke soeharto.


Salamm..