Showing posts with label raya.. Show all posts
Showing posts with label raya.. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Syawal ~ menemukan yg terpisah. ^_^



Seperti yg dirancang, akhir hari yg dinanti pun tiba.. 3 family berbondong2 ke rumah Sally. Rupenye dia dah tau kehadiran peserta2 rombongan.. Huhuh!! x surprise langsung! Layan gambo je.. Masing2 teruja nak begambo termasuk tuan rumah.. Suami2 telah dilupakan sementara.. :p




Dari kiri : C sengkang Ma a.k.a Simah, aku, Gyah dan tuan rumah..  



 Beratur mengikut ketinggian.. :))



Sempat lagi satu shoot sblm balik.





* Gambar ehsan kamera hp samsung c-ma.. sorry c-ma, xsmpat mintak permission..hehehe..

Saturday, September 17, 2011

Mood hari raya..

2.30 pagi :

Alang2 lambat tidur, so aku decide utk terus masak2 sempena menyambut kedatangan simah dan jiah aku esok pagi.. Xde la kelamkabut esok pagi2 aku nak memasak. Target : esok pagi clearkan kain baju je.. Pastu dah boleh layan tetamu n semua akan berbondong2 kerumah salmiah suhaimi a.k.a sally.  Yang pasti dia xtau aku akan dtg dgn rombongan ni nnti.  surpriseeee!!!! ape la reaksi dia esok bila tgk aku dtg.. hehehe.. sgt teruja.

Syawal tahun ni agak menyeronokkan coz dpt jmpa kwn2 sekolah.. Harap2 tradisi ni akan berterusan walaupun masing2 dah ada keluarga sndiri...

Cukup setakat ni.. Nak meluruskan tulang belikat pulak kat katil yg sedang menunggu tu.. Letih tpmasih boleh bertahan.. Semua gara2 raya.. :)

Nite..ZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Saturday, September 3, 2011

Syawal yg bermakna..

6 syawal @ 1pagi..

Alhamdulillah.. berlalu sudah 5 syawal yg penuh bermakna berbanding tahun2 sebelum..

Selamat tiba dari kampung halaman petang tadi jam 6.30petang.  Letih yg teramat sgt dari pagi kehulu kehilir + driving.. Fuh!! Mmg x jauh driving cuma 100km (+-).. Kerenah dikecik mmbuatkan badan agak bertambah keletihan.. Sampai rumah lebih kurang sejam, menerima kunjungan mak sedara dan sepupu sepapat. Walaupun agak kurang bersedia sbb baru sampai dari kg., kunjungan ku sambut dgn gembira.. syukur dapat hidangkan jamuan yg agak x seberapa selain dari kuih2 raya.

Un-expected, tahun ni dapat berkunjung kerumah bekas isteri kepada abang ipar bersama2 ibu mertua dan adik beradik ipar pada hari raya yg pertama.. agak happy sbb dpat melihat keikhlasan masing2 utk tidak mewujudkan jurang pemisah antara sesama insan.  Semoga tidak tersimpan secalit dendam dalam hati masing2.

Esok, insya-Allah akan menyambung program kunjung mengujung.. Semoga diberi keizinan oleh-Nya utk kami sekeluarga melakukan aktiviti setahun sekali ni...

SELAMAT HARI RAYA!!

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran..

1 Syawal..

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL BUAT SEMUA UMAT ISLAM..
Alhamdulillah, pertama syawal disambut bersama suami, anak2 dan mertua serta adik beradik sebelah suami.. Penat menjelang syawal tidak dirasai bila dpt beraya bersama2 menziarahi sanak saudara. Walaupun malam menjelang syawal aku cuma dpt lelap cuma 2jam, tapi semangat untuk bersama2 keluarga tak menghalang aku utk bangun awal demi merealisasikan hasrat suami utk solat hari raya di surau berdekatan rumah mak.

Aku kuatkan semangat utk x melengah2kan masa. Tapi apakan daya.... seisi rumah tidur lewat malam tadi, menyebabkan jadual sedikit lari. Sikecik akeem, tidur pukul 2.30pagi penangan 1st time sambut raya. Si abang paling awal masuk tidur (1.30 pagi).. Aku pulak lepas sikecik tidur, layan TV sampai pukul 3.. Gedebuk gedebak, 3.30 pagi masuk tidur, tapi batuk melanda tanpa henti menyebabkan aku langsung x dapat tidur. Apakan daya, hasrat encik Yusri tuk solat raya x kesampaian. Sampai je kat umah mertua, dari jauh dengar pembesar suara kat surau tu, semua jemaah dah start solat. Terlewat 5 minit.. huhuhu..

Tapi x sangka aku dapat lalui masa (sampai entry ni ditulis jam dah melewati 11.30malam).. Masih boleh berentry.. Cuma jam 8malam tadi, aku mintak encik yusri jagakan sikecik. Nak rest kejap sbb jam 9malam nak layan "NUR KASIH THE MOVIE".. heh3!!!

Harap2 malam ni dapat merehatkan diri secukupnya. Esok akan menyambung perjalanan pulang ke soeharto.


Salamm..


Wednesday, August 24, 2011

Syawal menjelma lagi ~ ..

25 ramadhan..

Cepat sungguh masa berlalu. Masih berbaki 4 hari utk semua umat islam menjalani ibadah rukun islam yg ke-3 ni... 4 hari juga masa untuk mengambil peluang mengutip sebanyak mungkin ganjaran atas amalan ibadah yg dilakukan... Sedih rasa hati..


Persiapan hari raya, seperti tahun2 yg terdahulu, sama aje..... Simple, ringkas, ala kadar, sederhana. Keutamaan diberi pada bujang2 kecik tu.. Alhamdulillah, walaupun tanpa bershoping sakan di shopping komplek berjaya juga aku siapkan sorang 3 pasang.. Shoping dihujung jari je. huhuhu.. Kuih raya serba sedikit..



Jamu mata dulu..keh3!! Nak rasa sila datang rumah. :)



Antara kegemeran si bujang dari
v
v
v


Tak ketinggalan tat nenas kegemaran incik yusri hasil air tangan kakak iparnya a.k.a biras aku.. Tat nenas yg sgt berhantu.. mabeles!


Hujung minggu ini adalah hujung minggu yg terakhir sebelum menjelang hari raya.. So, inilah masanya nak push kan diri utk settlekan masalah rumahtangga.. (masalah rumah bersepah..huhuhu). Harap incik suami sudi turun padang membanting tulang. Klu x, patah la tulang saye... :P

******************************************************************************************

Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..



^_*