Tuesday, August 9, 2011

Catatan harian..

Alhamdulillah.. 9 ramadhan dah hari ni.. 




Jadual harian aku sebagai ibu dan isteri yg bekerja mmg sgt padat dirumah.. Mmg x menang tangan tambah2 bila sikecik meragam. Hari ni dpt la overtime sikit depan pc ni, memandangkan sikecik tido awal, keje2 rumah yg x beres2 tu dpt la jgk dibereskan lebih sikit dari biasa.. Jemu berfesbuk, berentry diblog huduh aku ni, rasa tenang sikit jiwa.. Blog ni umpama rumah sndiri, xde orang mengganggu (setakat ni la..hehehe). Berbanding dgn fesbuk, kadangkala hati ni bagai dipalu2 dgn status2 yg x sepatutnya dikongsi bersama.  Tambah2 bila ada yg menghambur kata2 yg x sepatutnya. Bosan juga bila terbaca walau bukan dikait dgn aku. Ada pulak tu, x pasal2 unfriend kan account aku, x cukup dgn tu siap block lg.  Haiiyaa!!! xde angin xde ribut tiba2 kena block.. huhuhu.. Serabut otak aku.. Kan ke membuahkan bibit2 perasaan sakit hati namanya tu? 

Setahun berfesbuk, agak mematangkan aku. X dinafikan, dulu aku gemar berkongsi2 gambar2 peribadi bersama kawan2.. Takut dimanupulasi pihak tertentu, aku tekad xmo share sebahagian dr gmbar tersebut. Lebih cenderung pada rakan2 fesbuk yg suka ingat mengingati tentang kebenaran..

Terpaksa melabuhkan tirai,.. masa sgt cemburu dgn aku.. Esok akan memulakan rutin di awal pagi.. So xboleh tido lewat2.. :)

No comments:

Post a Comment