Wednesday, August 24, 2011

Syawal menjelma lagi ~ ..

25 ramadhan..

Cepat sungguh masa berlalu. Masih berbaki 4 hari utk semua umat islam menjalani ibadah rukun islam yg ke-3 ni... 4 hari juga masa untuk mengambil peluang mengutip sebanyak mungkin ganjaran atas amalan ibadah yg dilakukan... Sedih rasa hati..


Persiapan hari raya, seperti tahun2 yg terdahulu, sama aje..... Simple, ringkas, ala kadar, sederhana. Keutamaan diberi pada bujang2 kecik tu.. Alhamdulillah, walaupun tanpa bershoping sakan di shopping komplek berjaya juga aku siapkan sorang 3 pasang.. Shoping dihujung jari je. huhuhu.. Kuih raya serba sedikit..



Jamu mata dulu..keh3!! Nak rasa sila datang rumah. :)



Antara kegemeran si bujang dari
v
v
v


Tak ketinggalan tat nenas kegemaran incik yusri hasil air tangan kakak iparnya a.k.a biras aku.. Tat nenas yg sgt berhantu.. mabeles!


Hujung minggu ini adalah hujung minggu yg terakhir sebelum menjelang hari raya.. So, inilah masanya nak push kan diri utk settlekan masalah rumahtangga.. (masalah rumah bersepah..huhuhu). Harap incik suami sudi turun padang membanting tulang. Klu x, patah la tulang saye... :P

******************************************************************************************

Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..



^_*

No comments:

Post a Comment