Tuesday, January 31, 2012

~ Macam2 akeem ~

2 minggu dah berlalu, hari ni baru ada kesempatan nak berentry pasal sikecik akeem ni lagi. Alkisah budak kecik ni dimasukkan ke wad kanak2 @Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Letih dah nak cerita panjang2.. So meh tengok je kronologi kejadian yg tersebut diatas. -.-


- Pertengahan bulan disember 2011 ~ Akeem diserang chicken pox.


- 15.1.2012 ~ Lepas makan buah2an dari kg (akeem suka sgt makan manggis & rambutan) tiba2 dia batuk. Muntah berkali2 & lepas beberapa jam badan akeem mula panas. Aku capai termometer selit kat ketiak akeem.. bacaan menunjukkan suhu badan akeem 37.8 darjah celcius..


- 16.1.2012 ~ Macam biasa anta akeem ke nursery pagi2 dengan berbekalkan ubat demam. Tapi cikgu kata, x demam sepanjang siang. Sampai rumah, baru perasan nafas akeem x normal. (agak laju & berbunyi).. X sempat nak keja g klinik malam tu, so tunggu esok pagi.


- 17.1.2012 ~ Pagi2 kami anak beranak menuju ke klinik kesihatan terdekat. Setelah berejam menunggu, dokter kata paru2 akeem ada jangkitan kesan dari serangan chicken pox haritu. Terus bagi nebulizer. Lepas 15minit, dokter cek balik tapi masih xde perubahan. Dengan sopan santun, dokter nasihatkan akeem kena masuk wad utk dapatkan rawatan lanjut.

Masa tu, muka aku terus tukar. Rasa nak nangis pun ada, tapi kutahan2 je.  Tapi demi kesihatan sikecik, terpaksa rela menurut kata yg lebih pakar. Buat pertama kali dalam hidup, aku ke hospital TAR menaiki ambulan bersama akeem..

Pukul 4 petang, akeem selamat ditempatkan di wad kanak2.




Nak dijadikan cerita, masa ondeway menuju kewad, terjumpa pulak parent kepada kawan se'nursery' akeem.. Rupanya, kawan akeem pun masuk wad jugak sbb demam yg terlalu tinggi kesan dari chicken pox jugak.

Harini, baru dapat tahu buah manggis tu rupanya sejuk. Kalau ada penyakit paru2 x elok makan benda2 yg sejuk. Mungkin jugak manggis jadi penyebab. T_T


- 18.1.2012 ~ Pukul 4.30 petang, akeem di sahkan boleh discharge. Oh Tuhan... syukur sangat2.. Lebih Kurang 24jam je duduk kat dalam wad. Tapi terasa sangat lah lama.

Alhamdulillah, akeem dah perlu guna benda alah ni lagi..


Perkara yg mmbuatkan akeem sangat marah. Tp terpaksa jugak bagi demi kesihatan akeem.



Cuma akeem perlu makan antibiotik selama 7 hari.  Masa entry ni ditulis, akeem dah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah.

Meh layan dulu hasil tangkapan masa kat hospital.. hehehe..



*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*

No comments:

Post a Comment