Monday, August 22, 2011

Ada lagi??

Ingatkan dah oKey! Rupanya? Ermmm..

Jam 5pagi td, ku sentuh dahi sikecik... PANAS MENYERANG KEMBALI!!!!! ... Aduhai kecik.. Mama ingatkan dah merdeka.. Semalam dari pagi sampai kemalam stabil je kamu.. Suhu badan pun ditahap yg normal.. Tiba2? ...................


Nak x nak, hari ni TERpaksa meng'Emergency Leave'kan diri.. Bawak kecik ke klinik kesihatan, tgk apa dokter kata.. Ini pilihan terbaik dari pergi meredah hospital..uhuuhuuu.. Fobia udah rasenye kalau sebut perkataan tu..

Alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar.. tunggu pun xde la lama sgt.. (1jam.. ok le tuh.. klu g spital, xde 4 jam, jgn cakap).. Sikecik kena cucuk utk diambil darah..

Keputusan?

~ ~ ~ ~ ^ ^ ^ ^ ^ ~ ~ ~ ~

................

...........

.......

...

.


Alhamdulillah, keputusan darah pun ok... Xde jangkitan kuman. Dokter pun kata x perlu risau. Cuma demam biasa je.. Lega la sikit hati mendengar. Harap2 sikecik sihat2 aja ye.. Mama sgt risau kalau kamu demam tau!

Luv U kecikkk!!!  :-*

Sunday, August 21, 2011

Syukur..

Alhamdulillah, satu dari ujian Allah telah berjaya aku harungi dgn jayanya.. Suhu badan sikecik semalam mencecah 39.5 darjah celcius, buat aku x tidur. Cari alternatif supaya sikecik x diserang sawan.. Walaupun sikecik tu marah sbb xsuka diletak coolfever/kain lembab kat dahi, aku buat jgk walaupun nmpak mcm agak kejam.. Demi memastikan suhu badan kecik tu turun pada tahap yg x membimbangkan..

Pagi tadi, suapkan dia air zamzam sambil berdoa semoga kecik disembuhkan dari demam.. Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan.. Demam sikecik x menyerang lg setakat ni.. cuma batuk n selsema je. Bermakna, lepas jgk la dari kena mengadap dokter dihospital... Alhamdulillah, syukur pada Allah.. Harap2 esok dapat menjalani rutin harian seperti biasa.

Cuma aku perasan harini,walaupun badan dah x panas.. ragamnya lain macam.. Asek merengek nak didukung... Tapi dah dapat akal baru. Pandai berdiri sendiri tanpa bantuan.. Tindakbalas  komunikasi pun makin ada perubahan positif.. Syukur syukur dan syukur.. tula orang tua2 kata demam nak dapat akal baru.. :)


Melabuhkan tirai malam.......... Nak menjenguk kecik di tiduran.. ZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz.. Nite..


Saturday, August 20, 2011

Adekah?..huhuhu

Hari yg ke-2 setelah sikecik akeem mengambil antibiotik yg lebih power.. namun xde perubahan yg lebih baik.. Ya-Allah, adekah esok akan bermula episod untuk aku ke hospital?


................................................

.........................................
.................................

.........................
.................

.......
...

.
Baiklah.. Mama akan buat yg terbaik utk adik.. Maka esok kita ke hospital ye sayang..

Friday, August 19, 2011

Dugaan dan ujian dibulan ramadhan..

Kronologi :-

* Dua hari sebelum puasa - Encik Yusri meninggalkan aku dan anak2 atas tuntutan kerja.. Hanya pulang kerumah pada tengah malam puasa hari yg ke-2.. Aku, start demam sehari sebelum puasa..huhuhu.. telan panadol sebiji demi sebiji, sekejap ok sekejap k.o.. Sabarlah hati menjaga anak2 sendirian.. Telah meng'MC' kan diri pada puasa hari ke-3..

* Masuk minggu ke-2 berpuasa - Encik Yusri pulak diserang demam, bertahan hingga hari jumaat, baru dia meng'MC' kan dirinya.. Tp kena 'baby sit' si kecik akeem.. huhuhu.. siannn...

* Minggu ke-3 berpuasa - Sikecik akeem pulak diserang demam/batuk/selsema..Jangkitan dari pelbagai arah.. Aduhai kecikk.. Sampai entry ni ditulis, dah masuk hari kelima sikecik demam.. Dah dua kali pegi klinik dalam minggu ni.. Puan doktor dah sound, kalau esok x baik jgk demam, sila pegi spital. utk cek darah. 

Hah!!! Lemah aku dengo perkataan itu.. 

Ya-Allah ya tuhanku... kau sembuhkanlah penyakit anak ku Ya-Allah.. Syukur kerana telah mengingatkan aku rasa sayang-Mu atas ujian yg Kau berikan Ya-Allah.  Semoga redha dengan dugaan ini..

Harap adik sembuh tanpa perlu kehospital..









Tuesday, August 9, 2011

Jika tiada tempat mengadu..........

Jika tiada tempat mengadu, mengadulah pada yg Esa...( Instead of Facebook/twitter/etc..).. Mungkin kita boleh jadikan ayat ni sebagai panduan :-

Surah Al-Baqarah:[186]" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. "


Petikan ayat di atas adalah diantara beberapa ayat Al-Quran yg menyarankan kita berdoa kepada Allah swt.. Mintalah apa saja daripada-Nya, sesungguhnya doa adalah wasilah untuk kita mendekatkan diri padaNya. Bersyukurlah kepadaNya apabila hajat kita sampai.




Teruskan berdoa dgn penuh pengharapan dan mengharapkan petunjuk. Allah maha mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya.

Wallahuaklam...

Catatan harian..

Alhamdulillah.. 9 ramadhan dah hari ni.. 




Jadual harian aku sebagai ibu dan isteri yg bekerja mmg sgt padat dirumah.. Mmg x menang tangan tambah2 bila sikecik meragam. Hari ni dpt la overtime sikit depan pc ni, memandangkan sikecik tido awal, keje2 rumah yg x beres2 tu dpt la jgk dibereskan lebih sikit dari biasa.. Jemu berfesbuk, berentry diblog huduh aku ni, rasa tenang sikit jiwa.. Blog ni umpama rumah sndiri, xde orang mengganggu (setakat ni la..hehehe). Berbanding dgn fesbuk, kadangkala hati ni bagai dipalu2 dgn status2 yg x sepatutnya dikongsi bersama.  Tambah2 bila ada yg menghambur kata2 yg x sepatutnya. Bosan juga bila terbaca walau bukan dikait dgn aku. Ada pulak tu, x pasal2 unfriend kan account aku, x cukup dgn tu siap block lg.  Haiiyaa!!! xde angin xde ribut tiba2 kena block.. huhuhu.. Serabut otak aku.. Kan ke membuahkan bibit2 perasaan sakit hati namanya tu? 

Setahun berfesbuk, agak mematangkan aku. X dinafikan, dulu aku gemar berkongsi2 gambar2 peribadi bersama kawan2.. Takut dimanupulasi pihak tertentu, aku tekad xmo share sebahagian dr gmbar tersebut. Lebih cenderung pada rakan2 fesbuk yg suka ingat mengingati tentang kebenaran..

Terpaksa melabuhkan tirai,.. masa sgt cemburu dgn aku.. Esok akan memulakan rutin di awal pagi.. So xboleh tido lewat2.. :)

Wednesday, July 6, 2011

Hatiku syahdu..

Dah sebulan x berentry kat sini, nak kata sebok, xtau la apa yg disebokkan. Cuma rutin harian mmg agak penuh sampai masa utk diri sndiri pun agak kurang. Dunia ku hanya rumah dah kerja..

Cerita yg buat hatiku tersentuh ni bukan la apa sangat pun.. Alkisahnya, aku ada la menjual telekung kat sini selain item2 lain tu.. Dua hari lepas, aku dpt satu sms yg menyatakan dia minat nak beli telekung yg aku jual ni.. oklah.. itu perkara kecil je buat aku.. sms yg aku balas lebih kurang bunyi cam ni la.. "komen je kat gambar mana yg jd pilihan".. (sbb masa tu dah jam 11malam + -).  Esoknya, xde pun komen kat mana gmbr yg dinyatakan aku tgk.. dlm hati kecil aku, mgkin xjadi kot.. xpe lah, mgkin customer sekadar bertanya.  Hari ni, si penghantar sms tu telah sekali lg menghantar sms tanya cemane nak order.  aku pun stat la menekan2 keypad hp cap ayam tu.. Bila stat taip, rasa mcm 'ahh!!! tipon lg senang kot!' nombor sipenghantar sms tu pun aku dial menggunakan harta opis (huhuhu)..

Sangat mengejutkan! si penghantar sms tu rupenye seorang lelaki! Alahaii.. sejuk hati aku.. Seorang lelaki mencari telekung untuk insan yg tersayang.. (huwaaa!!! sedih rasa nak menangis pun ada).. Bagi aku susah nak jumpa insan2 seperti ini..


Buat si penghantar sms (walaupun dia x baca entry aku ni), aku doakan dia mendapat cebisan pahala di atas ibadah yg dilakukan oleh sipenerima pemberiannya itu..

Aminn...