Sunday, December 18, 2011

~ Entry untuk sikecil

16/12/2011 - Tarikh keramat sikecil apabila dia selamat melihat dunia. Setakat ni belum ada pengisytiharan namanya lagi, lantaran kesibukan si ayah mengurus si ibu.. Sikecil masih berada didalam wad, terpaksa berpisah dengan si ibu yg tidak dibenarkan bermalam diwad kerana disahkan sihat. Procedure yg terpaksa dituruti.

Ketika entry ini ditulis (19/12/2011) bersamaan 3 hari usia sikecil, namun melalui hari yg agak getir.  Seluruh keluarga belum dapat menatap wajah sikecil kecuali ayah & ibu. Disebalik kepayahan itu, hanya Allah yg maha mengetahui perasaan ibu yg melahirkan.  Teserlah juga akhirnya perasaan kebapaan seorang insan yg bernama Inspektor Rizal.

Itulah rahmat kelahiran sebuah nyawa.. Menerbitkan rasa yg sangat subjektif.  Apa yg berlaku telah tertulis.  Semoga adik2ku tabah melalui dugaan yg Allah berikan dalam mencari hikmah yg tersembunyi disebalik apa yg berlaku.  Sangat2 bersimpati dengan sikecil.. Bermohon kepada-Nya mudah2an diberi keajaiban dalam kesihatan sikecil.

*Nota buat adikku ~ berilah lambaian selamat tinggal buat bumi kenyalang secepat yg mungkin. Sikecil memerlukan sentuhan berpanjangan oleh seorang bapa.. -.-

Sunday, December 4, 2011

~ Sepetang dihujung minggu ~

4/12/2011 ~ ahad,

Hari ni bercadang meluangkan masa bawak anak bersiar2 disekitar shah alam. Basikal sibudak kecik dah siap di masuk kedalam bonet kereta. Lepas solat asar, kami bergegas menuju ke Shah Alam.. Cuaca nmpak menarik.  Tapi baru lima minit berada di atas jalan raya, hujan mula turun. Makin lama makin lebat. Rancangan nak bersiar2 di tasik terus bertukar..

"Nampak beno nipu nye.. kate ujan? tp nmpak gmbo tu langit cerah je.. hehehe."
(ehsan pakcik gugel. :p)


Tempat ni mmg jarang2 sekali aku lawati klu x terdesak atau didesak.  Tp memandangkan cuaca x mengizinkan utk kami menjalankan aktiviti outdoor, make dgn rela  terpaksa encik suami redha menjalankan aktiviti indoor pulak.. hehehe. (klu xde anak2 mau patah balik rumah le jawabnye..huhuhuh) Inilah hasil utk hari ini.


Si abang beraksi dgn jam BEN10 yg baru di'pau' dari mama pagi tadi.. :'(



Mama ngan adik pun x ketinggalan nak merakam gambo sementara tunggu si abah setting barang masuk bonet.. :')






Dah sampai...

< >
< >
 < >
 < >
 < >


Teka gambar ape ni..kah3!!.. Ape yg tuan2 dan puan2 perasan? It's sumthin' like father like son.. LOL.




Abeh round  satu SACC dalam masa x sampai satu jam.. Xtau nak beli apa sebenarnye. Si abang sebok nak makan. Tu la keje dia.. Makan makan makan dan makan.  Kat luar pulak cuaca makin gelap gelita. Hujan lebat x terkira. Apa yg boleh dimakan dengan selera tekak kami anak beranak kat dalam SACC ni.. Pizza? kena reject awal2 dgn si abah.. Round punye round, tapis punya tapis.. Jumpa satu restoran yg agak menepati tekak kami seisi keluarga.. Tgk pun mcm bes je. Tempat selesa.. Makanan melayu sepenuhnye.. Yg makan dalam tu of kos la melayu.  B4 this, mmg x penah masuk restoran tu, maklum le.... Jarang - jarang jalan - jalan carik makan.. Bila dah duduk dalam tu, makanan pun dah siap oda, baru la aku tau ropenye aku masuk kat restoren hotel ni.. > >



Kwang3!!! Pas tu tetiba teringat nak tengok dompet takut x cukup duit plak nak bayo.. Hahhahhah!! Padahal dah tau harga2 makanan dia sebelum masuk.  Masa tu mmg dah x fikir pape. Semua nye sbb nak memenuhi kemahuan si abang yg dah x boleh tahan2 lg lapar.



Sempat snap gambar adik yg gelisah nak susu.. Adoiyai... Susu adik kat kete, hujan plak tu..huhuhu.. Sori la mama lupa nak angkot susu adik.. Sementara tunggu mama dgn abang makan, adik dah menjerit2.. Bagi keropok pun diam sekejap jew.. Kelam kabut mama makan. Tapi makanan abah pulak x sampai2.. Huhuh!! Agak mengecewakan, dgn harga makanan yg dibayar, service nya amat lah (-.-)..








Apa2 pun, agak hepi sbb dpt tunai jnji dgn si abang nak bwk dia jalan2 petang ni setelah kena kurung dalam rumah dari petang semalam sampai hari ni.. Mmg dah jadi rutin si abang akan keluar main dengan rakan2 seperjuangan kat luar rumah tanpa pengawasan.  Tapi sekali sekala, kena sekat2 jugak supaya dia x rasa bebas sngt.. Pagi tadi dah belikan dia satu buku latihan n cuba nak biasakan dia supaya pegang buku juga walaupun cuti sekolah.

Next week, try nak bawak dia naik LRT/komuter.. Aktiviti yg agak sempoi dalam masa yg sama nak bg anak2 rasa sesuatu yg luar dari kebiasaan mereka..

Salam.......

Monday, November 28, 2011

~ Automatik vs manual ~

29/11/2011,

Hari kedua aku ketempat kerja tanpa bertemankan kekasih hatiku.. Nasib la baik ada orang yg sudi meminjamkan kekasih hatinya tapi bersyarat..


Kekasih hati aku.. (gambar hiasan a.k.a ehsan mr. google. -.- )


Memandangkan kekasih aku dah masuk hospital gara2 dicium tanpa izin dari belakang, aku ditemani kekasih orang lain.. Syaratnye, aku diberi masa utk belajar kancil ber'transmisi' manual hari ni.. HUAW WAW WAW WAW WAW WAW !!!!! .. Macam dah xde keyakinan jer? Berapa lama plak masa yg bakal di ambil utk aku memahirkan diri. Atau redah je? Mati tengah jalan pun pandai2 la aku handle?

Rasa2 macam nak cakap macam ni! "AKU LEBIH SANGGUP BAWAK BAS DARI KERETA KANCIL! SYARATNYE BAS TU BERGEAR OTOMATIK! DARIPADA KANCIL BERGEAR MANUAL!"..........

Esok? xtau lagi nak mengharungi hari tanpa dia.. huhuhu.. Ya-Allah ya Tuhanku.. berilah aku kekuatan untuk mengharungi sekelumit dugaan ini.. Moga hari yg bakal aku tempuhi esok dipermudahkan oleh-Mu ya-Allah.. amin..

Wednesday, November 23, 2011

Apa2 pun, aku terima dgn rasa syukur..

24 November 2011,

Seisi alam di dalam Grand Hoover menerima utusan dari pihak pengurusan yg sgt dinanti2 setiap hujung tahun.. Tanpa menunggu walau sesaat, perutusan tu aku bukak utk membaca isi kandungannye.. Beberapa tahun kebelakangan ni, detik2 melakukan perkara ini akan menghasilkan satu perasaan gmbira bg setiap penama utusan tersebut.



Namun tiap apa yg kita lakukan mmg telah siap sedia tertulis dgn habuannya oleh Allah.. Aku tetap bersyukur dgn apa yg aku ada dan apa yg aku dpt.. Memang ini keputusan pihak pengurusan utk menetapkan 'figure' tersebut. Dalam masa yg sama, bila dikaitkan dengan sifat percaya pada 'qada' dan 'qadar' serta syukur dgn nimat/rezeki yg Allah bagi, insya-Allah motivasi akan datang dengan sendiri. Xperlu lagi menuding jari menyalahkan mana2 pihak. Semoga apa yg aku dapat itu  mendapat keberkatan atas apa yg aku lakukan. Yes! seperti yg Prof. Muhaya selalu pesan, 'redha Allah lebih penting dari penghargaan manusia'..

Wassalam.. ^_^

Friday, November 11, 2011

~ 11.11.2011 ~

11.11.11. ~ Nomot yg hangat sangat diperkatakan hari ini.. Apa ada pada nomot nih? Sekadar sedap disebut je. (._.)

Namun ada cerita jugak untuk diri aku disebalik nomot nih! Memandang kan esok (12.11.11) adalah tarikh kelahiran aku, dan memandangkan esok jg adalah hari sbtu (hari tidak bekerja bg kami di Grand Hoover), maka dengan tidak diduga jgk aku telah dikejutkan dgn sebijik cheese kek daripada boss. Uhuh! Walaupun boss xde kat opis td, dia dah siap2 belikan kek tu dan tinggalkan kat dlm peti sejuk.. Jam 4ptg, sorang lg boss (boss kecik) panggil masuk konon nye ade meeting.. Eleh! (padahal aku dah nmpk kek tu awal2 dlm peti) ehehehe.. Just sms boss utk say tq.

Makin bertambah usia, terasa makin dekat dgn mati.. Insya-Allah, tiada majlis yg berunsur 'thoghut' yg akan berlaku.. Semoga iman ku akan sentiasa bertambah..




~ Terima kasih Ya-Allah untuk usia yg telah Engkau berikan..
~ Terima kasih Ya-Allah untuk setiap rezeki yg engkau kurniakan..
~ Terima kasih Ya-Allah untuk setiap cubaan dan dugaan yg Engkau turunkan..
~ Terima kasih Ya-Allah atas limpahan kasih sayang yg Engkau berikan..
~ Terima kasih Ya-Allah atas takdir yg Engkau berikan padaku..


* sangat serba salah bila boss belikan kek..

Wednesday, November 9, 2011

~ Akeem dan hari lahir pertama ~

9/11/2011 -  Akeem's 1st bday.. But no special celebration for his.. Siaannn adik.. Bithday adik jatuh pada hari bekerja. Kami decide pegi jugak 'KFC'. Tapi adik titun la.. Mama + Abah + Abang je yg beriya2 makan. Kakakaka!!


Gambar terbaru sehari sblm bday akeem. Time ni
baru je balik dari gondolkan rambut.
*Trademark dia klu nak tidur >
hisap dua jari sambil pegang
tuala.. Xde tuala kompom
 x tido!


Since bday mama pun akan tiba pada hari sabtu 12/11/2011, so mama akan try buat dabel celebration tuk kita ye dek.. Masih berfikir2 lg apa bentuk celebration tu. Mgkin nak convert pada aktiviti outdoor.  Rasa2 kali ni mcm xnak beli kek. Tapi kalau dah nama harijadi, kalau xde kek mcm x bes je. Padahal sebenarnye klu beli kek, mama sorang je yg belasah kek tu sampai lebam. Kek tu cuma simbolik je. Adoyai.. Serba salah pulak. huhuhu..

Apa2pun mama akan cuba tuk gembirakan adik sempena hari lahir adik ye.. Luv U dek.. :-*


Friday, October 14, 2011

~Di ambang 5th birthday Muhammad Yusuf Arami ~

Harijadi Muhammad Yusuf Arami yg ke-5 sudah tiba.. Maksudnya anniversary yg pertama juga perkenalan aku dgn penata rias kek birthday ni . hehehe.. Happy birthday abang.. & happy anniversary to k.zah of dashbuttercream.. (HAHAHAHA!! xpenah dibuat orang sambut anniversary dgn penatarias kek).. Bukan apa, sgt2 appreciate dgn usaha yg dilakukan beliau.. Dalam masa yg sama sgt menyokong product2 homemade yg dijamin halal. Jom flash back balik kek2 hasil air tangan beliau..


KEK 'EDIBLE IMAGE BEN 10' SEMPENA 4TH B'DAY AMI (KEK PERTAMA)





BIRTHDAY BOY DIHARI LAHIR YG KE-4




BIRTHDAY CAKE UTK DIRI SENDIRI SEBELUM PERGI BERSALIN.. :)




POS TERAKHIR BEBERAPA HARI SEBELUM BERSALIN..





KEK HADIAH UTK CIKGU AMI, SEMPENA HARI TERAKHIR AMI BERADA KAT TASKA TU..





CARROT KEK UTK 'BOSS'


Ok.. cukup la dulu layan gambo rentetan kek yg dah ditempah dgn dashbuttercream ye.. Itu belum lg kek2 yg saje2 di ode utk makan sendiri.. Especially kek Baldu Merah.. Nyum Nyum Nyum.. K. Zah, Walaupun baru setahun kenal, tapi dah boleh consider saya loyal customer tau!..hehehe..

Tapi bukan itu yg aku nak kongsi dlm entry kali ni. Tajuk entry pun'5th birthday Muhammad Yusuf Arami'... So, kemuncak entry ini adalah berkisar tentang sambutan hari jadi utk 2011.. Lg sekali memberi kepercayaan pada k.zah utk menata rias kek yg menjadi bualan hangat di muka buku.. Memandangkan sekarang ni rata2 kanak2 hingga dewasa tengah menggila dgn siburung marah ni, so aku pun mengambil kesempatan utk tempah kek ni khas utk si birthday boy.. Pecah kepala kot k.zah dok mikir macamana nak hias kek ni. eheheh!! Sori k.zah sbb menduga kemampuan akak.. Namun semua telah ditempuh k.zah dengan jayanya.


Dan hasilnye!

=======

=======

=======

=======

=======


=======


TADAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




OK KAN!



Dengan xcitednye k.zah dah siapkan kek ni 2 hari awal dari tarikh due..ahahahaha!!! Masa entry ni ditulis, kek ni masih berada dalam peti sejuk rumah k.zah. Anyway, jutaan terima kasih buat k.zah yg dah bersusah payah menyiapkan kek 'BURUNG MARAH'ni.. :)


Salam.....(*_^)