Saturday, September 1, 2012

2/9/2012 @ 1.42 a.m
15 Syawal 1433h

Alhamdulillah, 15 syawal telah dilalui dgn rasa gembira meraikan bersama keluarga tercinta. Walaupun syawal yg ke14 baru dpt menziarah rakan & saudara mara suasana tetap meriah. Gembira dapat ziarah disamping duit raya utk anak kecil yg dulu aku anggap sebagai 'budaya' utk diberi, namun sampai ke satu tahap aku dapat convert perasaan itu dalam diri sebagai satu sedekah untuk membersihkan jiwa. Seronok melalui Syawal setiap tahun dgn pengalaman yg berbeza2. Ok! biar gambar yg bercerita.

Ayah bonde di pagi raye.



Keluarga kecil kami bersama abah. Luv this moment.



Kite2 ajer.. :)




Rizal's family.

X larat dah nak bukak mata. Cukup sampai di sini. X sabar menanti kehadiran 3/9/2012 sbb keputusan samada abang ami ditempatkan kesekolah Ibu Khaldun akan diumum pada tarikh tu. Harapan aku tinggi menggunung supaya abang ami terpilih sebagai pelajar disitu. Semoga impian aku tercapai. Amin..

Wassalam..

Thursday, August 16, 2012

~ Cerita tentang 'Rumah' ~

Assalamualaikum,

Dah sebulan x jenguk belog.. Sibuk mengalahkan orang anak ramai.. Hihii. Al-maklum la, di tambah pulak bulan ramadhan ni, agak bertambah la sibuknye. Entry kali ni aku cuma nak kongsi kenangan rumah abah di kampung. Rumah tempat aku dilahirkan dan dibesarkan yang dah dirobohkan untuk diperbaharui.  Malangnya, x sempat nak rakam gambar sebelum rumah tu di roboh. Yang ada cuma gambar yg sedang diroboh. Jadi lah kot sebagai kenang2an cucu2 atok akan datang..


Hasil kerja dalam masa satu jam. Sgt effisyen pekerja2 ni.

11/7/2012 ~ Kami siap ambik cuti emergency balik kg untuk menyaksikan kejadian ni.  Hilang sudah memori rumah 'felda'..............



Dalam proses pembikinan.


4/8/2012 ~ Rumah telah 95% to complete.  Alhamdulillah..



Completion date : 14/8/2012 ~ Ready untuk diduduki.



Surprise!!!.. Dah siap kemas & siap beli sopa kayu baru. Hehee.
(  abaikan langsir biru + carpet hijau tu.. @_@.. )

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun kami x dpt membantu secara total. Abah memang hebat. Harap abah selesa dengan rumah baru ni.




Saturday, July 14, 2012

~ Cerita Ahli Syurga Kami ~

Gambar hiasan (Abang & adek)


Al-kesah nyer ~ Harini 14/7/2012 tarikh temuduga untuk bakal pelajar sekolah rendah ibnu khaldun. Ye, mmg agak teruja untuk 1st timer mcm aku yg nak hntar anak masuk darjah satu. Sessi bermula 8.30pagi. Aku sampai tepat pada masanya tp rupenye jugak aku antara orang yg terakhir.. Parking penuh pastu main block je kete lain, masa tu fikir janji dapat letak kete je..huhuhu.. Beratur utk pendaftaran pun antara yg terkebelakang.. 

Setengah jam que, daftar nama & bakal pelajar terus dibawa kedalam kelas untuk sessi ujian.  Ibubapa pulak dijemput utk dengar taklimat. (Taklimat tu lebih kepada cerita sejarah penubuhan sekolah tu).. lebih kurang satu jam dengar taklimat aku keluar dari dewan utk jenguk si abang. Masa mula2 aku tinggalkan kat kelas lain.. Rupenye masa tu dia tengah ujian bertulis sekali dengan anak jiran.. X lama lepas tu anak jiran selesai, tp si abang masih kat dalam. Sementara tu aku bersembang2 dgn ibu2 & sorang guru kat situ. Leka bersembang, bila jenguk lg sekali kedalam kelas, si abang dah hilang. Merata2 pusing kat sekolah tu aku carik budak betuah sorang ni. Last sekali dah fikir nak suruh cikgu buat announcement. Peluh2 dibuatnye.  Atas nasihat sorang cekgu yg aku dah pernah sembang dgn dia tadi, dia suruh jumpa sorang lg cekgu lain mintak tolong buat announcement. Cekgu tu kata, mgkin tengah ujian lisan kot.. Ok la, mgkin jgk. Nasihat cekgu aku turuti & naik ketingkat satu blok yg berdekatan. Tinjau punya tinjau, huh! mmg ada kat dlm upenye tengah ujian.. Adoiii la.. Letih aku mncari! Tp lega tgk dia tengah di interbiew.

Harapan aku tinggi menggunung.. Harap2 abang dapat masuk kesekolah yg beraliran agama ni. Ni je bekalan yg boleh bg kat anak2. Semoga dapat ilmu dunia dan akhirat yg cukup.  Sangat risau dengan keadaan sosial anak2 zaman sekarang membuatkan aku memilih untuk anak2 kekal disekolah yg beraliran agama. Dengar kata permohonan hampir mencecah 200 orang.. Tapi kuota yg ditetapkan cuma 120 orang. Adakah abang akan tersenarai didalam 120 yg akan belajar disana? Keputusan penuh akan di umumkan pada 3/9/2012.

Yang lebih menarik, sekolah cuma satu sessi (8pg - 4ptg). Tp pembelajaran akademik & agama semua telah disusun dalam jadual. Jadi anak2 tidak lg perlu terkejar2 waktu tengahari seperti persekolahan dua sessi. Ada masa dua bulan lagi.. dup dap dup dap!!

Wednesday, June 6, 2012

Mereka ~ Ahli-ahli Syurga

Assalamualaikum, dah lama kubiar 'rumahku' berhabuk. Sesekali menjengah tp rasa malas nak berkongsi cerita. Hari ini, cuba luangkan masa utk kongsi rasa. Juga nak kongsi gambar2 ahli-ahli syurga milik kami.


Muhammad Yusud Arami ~ a.k.a abang sulung


Muhammad Yunus Hakeem ~ a.k.a adik bongsu


..........dan mereka.




Semalam dengar radio Ikim segment prof. dr. muhaya. Salah satu ayat yg sangat menyentuh hati dan sanubari aku adalah bila ada sorang pemanggil tanya tentang masalah dia yg suka marahkan anak2 & cara mengawalnya. Prof tekankan yg anak2 kecil ni adalah AHLI SYURGA.. Jd kenapa perlu marahkan anak2. Mgkin cara kita yg perlu diolah supaya anak2 lebih lembut hati dan mendengar kata.

Cabaran untuk aku dan semua ibu bapa diluar sana adalah :

- Anak2 itu adalah ahli syurga, manakala kita sebagai ibu bapa belum confirm lg ahli syurga/neraka.
- Yang paling penting, bagaimana cara nak kekalkan status 'ahli syurga' bg anak2 kita sampai akhir nyawa mereka..

Ya-Allah ya tuhanku.. Sangat terasa kepayahan itu sebenarnya.  Pertamanya, diriku kena menjadi Gred AAA utk memastikan status anak2ku kekal. Bermohon pada Allah supaya sentiasa beri hidayah utk menjadi lebih baik dalam setiap perkara. Istiqamah dah istiqamah.....



Wassalam..

Tuesday, January 31, 2012

~ Riang ria Chinese New Year.. ^_^

Riang ke?.. Boleh la jugak masuk dalam ketegori riang.. hik hik!! Sebab ape?

Jom tengok ape sebenar nye.. :)



*
**
****
******
********
**********
************
**************
************
**********
********
******
****
**
*




Sebab yg pertama :-


Nampak x! Nampak x! keh3!!!
Untuk makluman, jumlah ketiga2 sampul tu tidak le mencecah ratusan
mahupun ribuan ringgit. Tp sebab ada cerita disebalik nya,
jadi mmbuatkan ia menjadi special.. :)


Sebab yang kedua :-


Yang kat atas meja tu depa panggil "losang".. (betui x ejaan nye. tp bunyi nye
cam tu la lebih kurang) Kami yg melayu2 ni xmakan benda alah tu. Cuma menghormati
 permintaan depa utk sama2 joint aktiviti gaul menggaul. Ong katanya.. Yelah, ikut kan je..
Makanan utk kami ada diluar liputan gambar.. Kira makan free la hari tu ye.. :)






Sebab yang ketiga :-

 Makan free lagi.




Sebab yang ke empat :-

Makan kek pulak. Bos saje2 beli kek kononnye x kenyang makan KFC. :) 



Kesimpulannye, lepas cuti panjang kami semua makan, makan dan makan.. Dari 4 sebab di atas, 3 dari sebab2 tu datangnya dari bos department kami.. Thank you bos.. :-*

~ Macam2 akeem ~

2 minggu dah berlalu, hari ni baru ada kesempatan nak berentry pasal sikecik akeem ni lagi. Alkisah budak kecik ni dimasukkan ke wad kanak2 @Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Letih dah nak cerita panjang2.. So meh tengok je kronologi kejadian yg tersebut diatas. -.-


- Pertengahan bulan disember 2011 ~ Akeem diserang chicken pox.


- 15.1.2012 ~ Lepas makan buah2an dari kg (akeem suka sgt makan manggis & rambutan) tiba2 dia batuk. Muntah berkali2 & lepas beberapa jam badan akeem mula panas. Aku capai termometer selit kat ketiak akeem.. bacaan menunjukkan suhu badan akeem 37.8 darjah celcius..


- 16.1.2012 ~ Macam biasa anta akeem ke nursery pagi2 dengan berbekalkan ubat demam. Tapi cikgu kata, x demam sepanjang siang. Sampai rumah, baru perasan nafas akeem x normal. (agak laju & berbunyi).. X sempat nak keja g klinik malam tu, so tunggu esok pagi.


- 17.1.2012 ~ Pagi2 kami anak beranak menuju ke klinik kesihatan terdekat. Setelah berejam menunggu, dokter kata paru2 akeem ada jangkitan kesan dari serangan chicken pox haritu. Terus bagi nebulizer. Lepas 15minit, dokter cek balik tapi masih xde perubahan. Dengan sopan santun, dokter nasihatkan akeem kena masuk wad utk dapatkan rawatan lanjut.

Masa tu, muka aku terus tukar. Rasa nak nangis pun ada, tapi kutahan2 je.  Tapi demi kesihatan sikecik, terpaksa rela menurut kata yg lebih pakar. Buat pertama kali dalam hidup, aku ke hospital TAR menaiki ambulan bersama akeem..

Pukul 4 petang, akeem selamat ditempatkan di wad kanak2.




Nak dijadikan cerita, masa ondeway menuju kewad, terjumpa pulak parent kepada kawan se'nursery' akeem.. Rupanya, kawan akeem pun masuk wad jugak sbb demam yg terlalu tinggi kesan dari chicken pox jugak.

Harini, baru dapat tahu buah manggis tu rupanya sejuk. Kalau ada penyakit paru2 x elok makan benda2 yg sejuk. Mungkin jugak manggis jadi penyebab. T_T


- 18.1.2012 ~ Pukul 4.30 petang, akeem di sahkan boleh discharge. Oh Tuhan... syukur sangat2.. Lebih Kurang 24jam je duduk kat dalam wad. Tapi terasa sangat lah lama.

Alhamdulillah, akeem dah perlu guna benda alah ni lagi..


Perkara yg mmbuatkan akeem sangat marah. Tp terpaksa jugak bagi demi kesihatan akeem.



Cuma akeem perlu makan antibiotik selama 7 hari.  Masa entry ni ditulis, akeem dah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah.

Meh layan dulu hasil tangkapan masa kat hospital.. hehehe..



*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*

Monday, January 16, 2012

~ Jom cerita pasai RV..(^-^)

RV lagi?

Lagi2 RV! Lagi2 RV?

Ape nak wat ?.

Dah suke .......

heheheh!!!



Nah amekau!! :))
* Insya-Allah, blog ni x ada unsur2 kontroversi.. Sume under control.
** Cerita pasai kek lebih menarik dari cerita tentang orang lain..Nyum3...


~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .


Cerita lagi tentang RV...


Ini peristiwa yg berlaku pada 12/1/2012.. Tarikh yg agak cantek.


|

|

|

|

|






1st RV utk 2012. Happy bday to k.Sal..


|

|

|

|

|







|

|

|

|

|






|

|

|

|

|


Salam...