Wednesday, June 25, 2014

~ Selamat tahun baru 2014.. *_-

Kali ni mmg betul2 lama rumah aku bersawang. Bila jenguk kali ni, rupanya cukup setahun tiada n3 langsung untuk 2013. Lamanya.. Uhuk uhuk. Apedah terjadi selama tempoh setahun tu?

2013 ~ (Januari) Ami start masuk darjah satu.
2013 ~ (Januari) Aku positive pregnant (anak ke-3).

Bermula fasa baru lagi dalam hidup aku. Cuma preggy kali ni aku kurang alah berbanding dua yg sblm ni. Tekak pun xde rasa nak makan je mcm kandungan yg sebelumnya. Senang x senang, susah x susah, tp klu dah namanya pregnant dunia agak sikit bertukar.  Maklum ler, fizikal pun dah berubah.  Nak buat ape2 kena hati2.

Hasil dari pemeriksaan doktor, kiraan due date jatuh pada 22 November 2013.  Iye, dalam tempoh tu juga aku bz dengan rutin harian anak sulong yg bersekolah + jarang menghabiskan masa duduk berteleku kat depan pc. Biz online aku pun agak slow dalam tempoh ni. Tapi bisnes ni akan aku pertahankan walaupun perlahan coz dah sebati dengan jiwa aku. Rezeki itu rahsia Allah. Aku cuma berusaha mengikut kemampuan aku.

Trimester pertama kandungan kali ni, aku selalu rasa nak makan benda yg masam. Orang kata aku mengidam.. Tak!! aku x rasa pun yang aku mengidam (tp itu lah kot perasaan mengidam sebenarnya). Nak kata macamana ye?.. Perasaan tu lebih pada selera aku pada tempoh tu mmg nak makan benda2 masam. Dan x sampai tahap yg "kalau x dapat makan, jadi sedih atau merajuk". Cam tu lah lebih kurang. hehehe..

Trimester kedua, rasa nak makan masam2 tu terus hilang secara tiba2. Pelik tp itu hakikatnya. Aku mmg takut kalau orang kata aku mengada2 nak itu ini time2 mengandung ni. Tp kalau ibu2 yg pernah melalui fasa mengandung, rasanya hangpa mesti faham perasaan tu kan. Alhamdulillah, trimester kedua dilalui dengan kesihatan yang baik dan jayanya bertemankan suppliment shaklee. (yg ni sape2 nak pun boley contact aku. hage terbaek punye.!!) pm je kat fb/fanpage tau. :)

Trimester ketiga, perut semakin membesar tp kali ni berat badan aku agak kurang naik.  Mungkin sbb selera makan aku agak berkurangan. Pengambilan makanan sama mcm sblm preggy. Aku x risau sbb ada ambik suppliment, so aku rasa bb dapat cukup khasiat dah. hihi. Hasil ujian imbasan kali mengesahkan kandungan kali ni adalah GIRL.  Alhamdulillah, gugur jugak air mata aku.  Berakhir sudah penantian kami.  Namun disebalik kegembiraan, ada sedikit kedukaan.  Aku disahkan mengalami fibroid bersize 7cm.  Mmg rasa mcm dunia bergegar bila dapat tahu.  Tapi kehidupan perlu diteruskan & aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya.

Aku pun mula la sibuk buat persiapan untuk menyambut baby girl. Over excited mak nak.. ihihih. Beli baju baru, pink kare belaka.  Baju lama abang2 dah x heran dah. Rezeki baby la jugak kan. Sementara tu jugak, aku sebok buat persiapan raya memandangkan due date aku jatuh pada minggu pertama hari raya. Pening jgk kepala memikirkan baju untuk diri sendiri. Mmg jubah adalah solution untuk ibu2 mengandung mcm aku kan. Tp aku ada masalah mencari size yg sesuai (mgkin x jumpa tempat yang betul). Semua tempat yg aku try ketat belaka. Last2 aku terjah jugak jakel untuk beli kain & tempah jubah ikut size sndiri. Lg puas hari & jimat sebenarnye. Baju suami & anak2, alhamdulillah settle.


Raya 2013 ~ kalau ikut giliran sepatutnya kami berhari raya dirumah sebelah suami.  Tp aku cuba membuat permohonan untuk balik ke kampung aku.  Alasannya, takut besalin sebelum balik berhari raya kat kampung aku.  Permohonan DILULUSKAN. Yes!! Balik lah kami berbondong2 menumpang kereta adik perempuan berbekalkan baju2 baby sbg persediaan kot2 terbesalin kat kg.

Memandangkan balik kali ni menumpang kereta orang, so kena la ikut schedule cuti dia. Raya ke-4 dijadualkan kami balik ke shah alam.  Tapi rupanya baby xmo balik shah alam. Adoi la baby.. Mama dah booking bersalin kat Pusat besalin barakah.  Bukan ape, kalau boleh mama nak orang yang menyambut tu biarlah perempuan.. Semua dah tertulis, nak dijadikan cerita hari sabtu (raya ke-3) petang tu aku dah rasa mcm ada air ketuban. (1st experience.. sebelum ni kalau nak besalin, keluar darah dulu).  Memandangkan malam tu ada tetamu datang, aku bertahan dulu.. Bila semua tetamu dah bersurai aku decide untuk terus kehospital.

Sampai hospital lebih kurang pukul 11 lebih, aku terus dimasukkan ke labour room.  Alhamdulillah, 11/8/2013 jam 4.18pagi, aku selamat melahirkan seorang puteri yang dinanti2.  Baby disahkan sihat dengan berat 2.8kg. Kecik dari abang2 dia.

Baby Rauzah Aqilah.


Thursday, November 8, 2012

~ Hari Graduasi Tadika Oren Bestari @4/11/2012 ~

Tamat sudah sessi pembelajaran abang Ami di Tadika Oren Bestari. Alhamdulillah, 2 tahun berada di Tadika ni ami dah pandai menulis + membaca. Walaupun bukan berada dikalangan pelajar yg cemerlang, aku tetap bersyukur.  Sekurang2 nya ada pengisian lain yg dia dapat kat tadika tu. Di usia 5 tahun ami dah pandai solat (walaupun kat rumah liat disuruh solat..uhuhuh). Doa2 harian pun dia dah boleh baca disamping kelas pra-tahfiz yg tadika anjurkan, kesannya ami dah hafal surah2 lazim.  Terima kasih pada guru2 yg sgt sabar mendidik. Gambar + video penuh boleh tgk kat fb TADIKA OREN sambil2 promot kot2 ada sape2 nak carik tadika untuk anak masing (klu ada kat kawasan ni ler..heheh).

Ni cuma sebahagian je gambar konvo plus gmbar bday kek ami yg ke-6 ..




Kek sempena bday abang ami yg ke-6, di potong bersama kawan2 kat Tadika.

Muko 'macho' abang ami bersama pengetua (kanan sekali)



Bersama kawan2 satu kelas (elit soleh)


Persembahan coral speking.

Persembahan terakhir bersama semua pelajar.



Sementara tu parent sebok kat bawah pentas nak capture moment2 terakhir ni.. sweet.. :)




Mama pun xnak ketinggalan utk bergambar dgn Puan Su, Pengetua tadika Oren. Niat hati nak bergambar dgn cikgu2. Tp masa x mengizinkan. Tahun depan harap dpt jumpa lg dgn cikgu2. Ami akan transit kat situ jugakk.. :)


Masa entry ni ditulis, majlis ni dah seminggu berlalu. Harini juga hari terakhir sessi persekolahan bagi 2012. Bermakna, hari ni juga hari terakhir semua pelajar pakai uniform.. Bukan ape, dah x sanggup tengok ami pakai baju sekolah yg ketat metat pas tu pendek plak tu.. huhu.. X boleh nak kata ape, sbbkan size badan dia yg paling besar sampai susah nak cari size baju untuk dia.. Apa2 pun, nilai ilmu yg diterima lebih penting dari issue baju nih..Wassalam.


~ Riang ria syawal @ Grand Hoover Bhd. ~

Alhamdulillah, atas usaha gigih Asri a.k.a Abe Roy (walaupun x boroi) merancang, telah berlangsung majlis hari raya di ofis semalam (4/9/2012). Perancangan awal kami adalah mengadakan periuk bertuah (portluck) untuk jamuan tersebut diserikan kan jemputan semua staff. Tapi portluck bertukar menjadi jamuan official office coz sume perbelanjaan office yg sponser.. Apa2 pun niat murni untuk menjamu semua kawan2 yg bukan islam tetap kesampaian. Staff2 melayu semua membawa juadah tersendiri yg sedap medap. Enjoy!








Saturday, September 1, 2012

2/9/2012 @ 1.42 a.m
15 Syawal 1433h

Alhamdulillah, 15 syawal telah dilalui dgn rasa gembira meraikan bersama keluarga tercinta. Walaupun syawal yg ke14 baru dpt menziarah rakan & saudara mara suasana tetap meriah. Gembira dapat ziarah disamping duit raya utk anak kecil yg dulu aku anggap sebagai 'budaya' utk diberi, namun sampai ke satu tahap aku dapat convert perasaan itu dalam diri sebagai satu sedekah untuk membersihkan jiwa. Seronok melalui Syawal setiap tahun dgn pengalaman yg berbeza2. Ok! biar gambar yg bercerita.

Ayah bonde di pagi raye.



Keluarga kecil kami bersama abah. Luv this moment.



Kite2 ajer.. :)




Rizal's family.

X larat dah nak bukak mata. Cukup sampai di sini. X sabar menanti kehadiran 3/9/2012 sbb keputusan samada abang ami ditempatkan kesekolah Ibu Khaldun akan diumum pada tarikh tu. Harapan aku tinggi menggunung supaya abang ami terpilih sebagai pelajar disitu. Semoga impian aku tercapai. Amin..

Wassalam..

Thursday, August 16, 2012

~ Cerita tentang 'Rumah' ~

Assalamualaikum,

Dah sebulan x jenguk belog.. Sibuk mengalahkan orang anak ramai.. Hihii. Al-maklum la, di tambah pulak bulan ramadhan ni, agak bertambah la sibuknye. Entry kali ni aku cuma nak kongsi kenangan rumah abah di kampung. Rumah tempat aku dilahirkan dan dibesarkan yang dah dirobohkan untuk diperbaharui.  Malangnya, x sempat nak rakam gambar sebelum rumah tu di roboh. Yang ada cuma gambar yg sedang diroboh. Jadi lah kot sebagai kenang2an cucu2 atok akan datang..


Hasil kerja dalam masa satu jam. Sgt effisyen pekerja2 ni.

11/7/2012 ~ Kami siap ambik cuti emergency balik kg untuk menyaksikan kejadian ni.  Hilang sudah memori rumah 'felda'..............



Dalam proses pembikinan.


4/8/2012 ~ Rumah telah 95% to complete.  Alhamdulillah..



Completion date : 14/8/2012 ~ Ready untuk diduduki.



Surprise!!!.. Dah siap kemas & siap beli sopa kayu baru. Hehee.
(  abaikan langsir biru + carpet hijau tu.. @_@.. )

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun kami x dpt membantu secara total. Abah memang hebat. Harap abah selesa dengan rumah baru ni.




Saturday, July 14, 2012

~ Cerita Ahli Syurga Kami ~

Gambar hiasan (Abang & adek)


Al-kesah nyer ~ Harini 14/7/2012 tarikh temuduga untuk bakal pelajar sekolah rendah ibnu khaldun. Ye, mmg agak teruja untuk 1st timer mcm aku yg nak hntar anak masuk darjah satu. Sessi bermula 8.30pagi. Aku sampai tepat pada masanya tp rupenye jugak aku antara orang yg terakhir.. Parking penuh pastu main block je kete lain, masa tu fikir janji dapat letak kete je..huhuhu.. Beratur utk pendaftaran pun antara yg terkebelakang.. 

Setengah jam que, daftar nama & bakal pelajar terus dibawa kedalam kelas untuk sessi ujian.  Ibubapa pulak dijemput utk dengar taklimat. (Taklimat tu lebih kepada cerita sejarah penubuhan sekolah tu).. lebih kurang satu jam dengar taklimat aku keluar dari dewan utk jenguk si abang. Masa mula2 aku tinggalkan kat kelas lain.. Rupenye masa tu dia tengah ujian bertulis sekali dengan anak jiran.. X lama lepas tu anak jiran selesai, tp si abang masih kat dalam. Sementara tu aku bersembang2 dgn ibu2 & sorang guru kat situ. Leka bersembang, bila jenguk lg sekali kedalam kelas, si abang dah hilang. Merata2 pusing kat sekolah tu aku carik budak betuah sorang ni. Last sekali dah fikir nak suruh cikgu buat announcement. Peluh2 dibuatnye.  Atas nasihat sorang cekgu yg aku dah pernah sembang dgn dia tadi, dia suruh jumpa sorang lg cekgu lain mintak tolong buat announcement. Cekgu tu kata, mgkin tengah ujian lisan kot.. Ok la, mgkin jgk. Nasihat cekgu aku turuti & naik ketingkat satu blok yg berdekatan. Tinjau punya tinjau, huh! mmg ada kat dlm upenye tengah ujian.. Adoiii la.. Letih aku mncari! Tp lega tgk dia tengah di interbiew.

Harapan aku tinggi menggunung.. Harap2 abang dapat masuk kesekolah yg beraliran agama ni. Ni je bekalan yg boleh bg kat anak2. Semoga dapat ilmu dunia dan akhirat yg cukup.  Sangat risau dengan keadaan sosial anak2 zaman sekarang membuatkan aku memilih untuk anak2 kekal disekolah yg beraliran agama. Dengar kata permohonan hampir mencecah 200 orang.. Tapi kuota yg ditetapkan cuma 120 orang. Adakah abang akan tersenarai didalam 120 yg akan belajar disana? Keputusan penuh akan di umumkan pada 3/9/2012.

Yang lebih menarik, sekolah cuma satu sessi (8pg - 4ptg). Tp pembelajaran akademik & agama semua telah disusun dalam jadual. Jadi anak2 tidak lg perlu terkejar2 waktu tengahari seperti persekolahan dua sessi. Ada masa dua bulan lagi.. dup dap dup dap!!

Wednesday, June 6, 2012

Mereka ~ Ahli-ahli Syurga

Assalamualaikum, dah lama kubiar 'rumahku' berhabuk. Sesekali menjengah tp rasa malas nak berkongsi cerita. Hari ini, cuba luangkan masa utk kongsi rasa. Juga nak kongsi gambar2 ahli-ahli syurga milik kami.


Muhammad Yusud Arami ~ a.k.a abang sulung


Muhammad Yunus Hakeem ~ a.k.a adik bongsu


..........dan mereka.




Semalam dengar radio Ikim segment prof. dr. muhaya. Salah satu ayat yg sangat menyentuh hati dan sanubari aku adalah bila ada sorang pemanggil tanya tentang masalah dia yg suka marahkan anak2 & cara mengawalnya. Prof tekankan yg anak2 kecil ni adalah AHLI SYURGA.. Jd kenapa perlu marahkan anak2. Mgkin cara kita yg perlu diolah supaya anak2 lebih lembut hati dan mendengar kata.

Cabaran untuk aku dan semua ibu bapa diluar sana adalah :

- Anak2 itu adalah ahli syurga, manakala kita sebagai ibu bapa belum confirm lg ahli syurga/neraka.
- Yang paling penting, bagaimana cara nak kekalkan status 'ahli syurga' bg anak2 kita sampai akhir nyawa mereka..

Ya-Allah ya tuhanku.. Sangat terasa kepayahan itu sebenarnya.  Pertamanya, diriku kena menjadi Gred AAA utk memastikan status anak2ku kekal. Bermohon pada Allah supaya sentiasa beri hidayah utk menjadi lebih baik dalam setiap perkara. Istiqamah dah istiqamah.....



Wassalam..

Tuesday, January 31, 2012

~ Riang ria Chinese New Year.. ^_^

Riang ke?.. Boleh la jugak masuk dalam ketegori riang.. hik hik!! Sebab ape?

Jom tengok ape sebenar nye.. :)



*
**
****
******
********
**********
************
**************
************
**********
********
******
****
**
*




Sebab yg pertama :-


Nampak x! Nampak x! keh3!!!
Untuk makluman, jumlah ketiga2 sampul tu tidak le mencecah ratusan
mahupun ribuan ringgit. Tp sebab ada cerita disebalik nya,
jadi mmbuatkan ia menjadi special.. :)


Sebab yang kedua :-


Yang kat atas meja tu depa panggil "losang".. (betui x ejaan nye. tp bunyi nye
cam tu la lebih kurang) Kami yg melayu2 ni xmakan benda alah tu. Cuma menghormati
 permintaan depa utk sama2 joint aktiviti gaul menggaul. Ong katanya.. Yelah, ikut kan je..
Makanan utk kami ada diluar liputan gambar.. Kira makan free la hari tu ye.. :)






Sebab yang ketiga :-

 Makan free lagi.




Sebab yang ke empat :-

Makan kek pulak. Bos saje2 beli kek kononnye x kenyang makan KFC. :) 



Kesimpulannye, lepas cuti panjang kami semua makan, makan dan makan.. Dari 4 sebab di atas, 3 dari sebab2 tu datangnya dari bos department kami.. Thank you bos.. :-*

~ Macam2 akeem ~

2 minggu dah berlalu, hari ni baru ada kesempatan nak berentry pasal sikecik akeem ni lagi. Alkisah budak kecik ni dimasukkan ke wad kanak2 @Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Letih dah nak cerita panjang2.. So meh tengok je kronologi kejadian yg tersebut diatas. -.-


- Pertengahan bulan disember 2011 ~ Akeem diserang chicken pox.


- 15.1.2012 ~ Lepas makan buah2an dari kg (akeem suka sgt makan manggis & rambutan) tiba2 dia batuk. Muntah berkali2 & lepas beberapa jam badan akeem mula panas. Aku capai termometer selit kat ketiak akeem.. bacaan menunjukkan suhu badan akeem 37.8 darjah celcius..


- 16.1.2012 ~ Macam biasa anta akeem ke nursery pagi2 dengan berbekalkan ubat demam. Tapi cikgu kata, x demam sepanjang siang. Sampai rumah, baru perasan nafas akeem x normal. (agak laju & berbunyi).. X sempat nak keja g klinik malam tu, so tunggu esok pagi.


- 17.1.2012 ~ Pagi2 kami anak beranak menuju ke klinik kesihatan terdekat. Setelah berejam menunggu, dokter kata paru2 akeem ada jangkitan kesan dari serangan chicken pox haritu. Terus bagi nebulizer. Lepas 15minit, dokter cek balik tapi masih xde perubahan. Dengan sopan santun, dokter nasihatkan akeem kena masuk wad utk dapatkan rawatan lanjut.

Masa tu, muka aku terus tukar. Rasa nak nangis pun ada, tapi kutahan2 je.  Tapi demi kesihatan sikecik, terpaksa rela menurut kata yg lebih pakar. Buat pertama kali dalam hidup, aku ke hospital TAR menaiki ambulan bersama akeem..

Pukul 4 petang, akeem selamat ditempatkan di wad kanak2.




Nak dijadikan cerita, masa ondeway menuju kewad, terjumpa pulak parent kepada kawan se'nursery' akeem.. Rupanya, kawan akeem pun masuk wad jugak sbb demam yg terlalu tinggi kesan dari chicken pox jugak.

Harini, baru dapat tahu buah manggis tu rupanya sejuk. Kalau ada penyakit paru2 x elok makan benda2 yg sejuk. Mungkin jugak manggis jadi penyebab. T_T


- 18.1.2012 ~ Pukul 4.30 petang, akeem di sahkan boleh discharge. Oh Tuhan... syukur sangat2.. Lebih Kurang 24jam je duduk kat dalam wad. Tapi terasa sangat lah lama.

Alhamdulillah, akeem dah perlu guna benda alah ni lagi..


Perkara yg mmbuatkan akeem sangat marah. Tp terpaksa jugak bagi demi kesihatan akeem.



Cuma akeem perlu makan antibiotik selama 7 hari.  Masa entry ni ditulis, akeem dah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah.

Meh layan dulu hasil tangkapan masa kat hospital.. hehehe..



*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*

Monday, January 16, 2012

~ Jom cerita pasai RV..(^-^)

RV lagi?

Lagi2 RV! Lagi2 RV?

Ape nak wat ?.

Dah suke .......

heheheh!!!



Nah amekau!! :))
* Insya-Allah, blog ni x ada unsur2 kontroversi.. Sume under control.
** Cerita pasai kek lebih menarik dari cerita tentang orang lain..Nyum3...


~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .


Cerita lagi tentang RV...


Ini peristiwa yg berlaku pada 12/1/2012.. Tarikh yg agak cantek.


|

|

|

|

|






1st RV utk 2012. Happy bday to k.Sal..


|

|

|

|

|







|

|

|

|

|






|

|

|

|

|


Salam...

Sunday, January 8, 2012

~ Zombie kampung pisang ..

Genap dua minggu di kecik akeem kena serang chicken pox,peng'zombian' telah berlaku.. Hehe.. Mane x nye.. Hari Jumaat dua minggu lepas adik, lepas 2 kali jumaat giliran abang pulak.. isk3!! Meh tengok rupe zombie2 kecik ni..uhuhu..

Ni le rupe akeem .. tp itu dua minggu yg lepas.. sekarang dah
 agak hensem.. :p


Sekarang giliran abang pulak.. Nasib la ye anak2, ni la proses 
yg semua orang mesti lalui dlm kehidupan..



Yang bagusnye abang x demam langsung. Cuma dalam mulut ada serangan jugak.. Berbanding adik, awal2 dah demam.  Semoga anak2 mama cepat sembuh.. Hati ada sikit susah.. (._.)


Salam..



Friday, December 30, 2011

Status hari ini

31/12/2011, menutup tirai menanti 2012..........

Dah malas nak update status kat fb. Nak mengomel sorang2 je kat blog huduh ni.. Harini cuti, bersama anak2 je kat umah.. Boleh x nak tulis status mcm ni..

 "Agak2 bila la anak bujang aku boleh tolong kemas2 rumah".... 

Huhu.. Buat masa ni, sume lelaki2 dalam rumah ni hanya boleh tolong "sepahkan rumah".... arghhhhhhhhhhh!!!!



sekian.. (^ ^,)

Tuesday, December 20, 2011

~ Entry buat sikecil lagi

21/12/2011 : 1.08am,

Berentry sambil menyudahkan sisa2 kain yg perlu dilipat. Mata dah agak kuyu puyu layu. Tapi nak jugak. Sikecil telah memasuki hari yg kelima.. Aduh! baru 6 hari usia mu kecik.. Satu persatu keperitan dilalui dengan penuh ketabahan oleh tiga beranak ni.. Semalam sikecik dah dibawa ke IJN utk pemeriksaan.. Alhamdulillah, keputusan doktor agak melegakan hati.. (xdapat nak describe dengan detail oleh kerana x terluah perasaan)..

Hari ini laporan diterima, sikecik telah selamat menjalankan pembedahan salur najis yg sempit. Kesian sgt2 sikecik yg baru 5 hari terpaksa menjalankan pembedahan.  Apa2 pun aku mengharapkan sinar bahagia yg berpanjangan untuk semua.  Semoga kesakitan yg sikecik tanggung hari ini akan terubat dengan gelak tawa nya dikemudian hari.  X sabar nak jumpa pastu nak timang tinggi2. Huhuuu.. sangat emo walaupun bukan anak sendiri..

Hari ini juga laporan diterima, bahawa bapak pada sikecik akan prepare letter utk permohonan transfer dari bumi kenyalang ke semenanjung dengan surat sokongan dari doktor ..  Alhamdulillah.. Semoga semuanya dipermudahkan.. Mendoakan yg baik2 aje.. Ceria~

Sunday, December 18, 2011

~ Entry untuk sikecil

16/12/2011 - Tarikh keramat sikecil apabila dia selamat melihat dunia. Setakat ni belum ada pengisytiharan namanya lagi, lantaran kesibukan si ayah mengurus si ibu.. Sikecil masih berada didalam wad, terpaksa berpisah dengan si ibu yg tidak dibenarkan bermalam diwad kerana disahkan sihat. Procedure yg terpaksa dituruti.

Ketika entry ini ditulis (19/12/2011) bersamaan 3 hari usia sikecil, namun melalui hari yg agak getir.  Seluruh keluarga belum dapat menatap wajah sikecil kecuali ayah & ibu. Disebalik kepayahan itu, hanya Allah yg maha mengetahui perasaan ibu yg melahirkan.  Teserlah juga akhirnya perasaan kebapaan seorang insan yg bernama Inspektor Rizal.

Itulah rahmat kelahiran sebuah nyawa.. Menerbitkan rasa yg sangat subjektif.  Apa yg berlaku telah tertulis.  Semoga adik2ku tabah melalui dugaan yg Allah berikan dalam mencari hikmah yg tersembunyi disebalik apa yg berlaku.  Sangat2 bersimpati dengan sikecil.. Bermohon kepada-Nya mudah2an diberi keajaiban dalam kesihatan sikecil.

*Nota buat adikku ~ berilah lambaian selamat tinggal buat bumi kenyalang secepat yg mungkin. Sikecil memerlukan sentuhan berpanjangan oleh seorang bapa.. -.-

Sunday, December 4, 2011

~ Sepetang dihujung minggu ~

4/12/2011 ~ ahad,

Hari ni bercadang meluangkan masa bawak anak bersiar2 disekitar shah alam. Basikal sibudak kecik dah siap di masuk kedalam bonet kereta. Lepas solat asar, kami bergegas menuju ke Shah Alam.. Cuaca nmpak menarik.  Tapi baru lima minit berada di atas jalan raya, hujan mula turun. Makin lama makin lebat. Rancangan nak bersiar2 di tasik terus bertukar..

"Nampak beno nipu nye.. kate ujan? tp nmpak gmbo tu langit cerah je.. hehehe."
(ehsan pakcik gugel. :p)


Tempat ni mmg jarang2 sekali aku lawati klu x terdesak atau didesak.  Tp memandangkan cuaca x mengizinkan utk kami menjalankan aktiviti outdoor, make dgn rela  terpaksa encik suami redha menjalankan aktiviti indoor pulak.. hehehe. (klu xde anak2 mau patah balik rumah le jawabnye..huhuhuh) Inilah hasil utk hari ini.


Si abang beraksi dgn jam BEN10 yg baru di'pau' dari mama pagi tadi.. :'(



Mama ngan adik pun x ketinggalan nak merakam gambo sementara tunggu si abah setting barang masuk bonet.. :')






Dah sampai...

< >
< >
 < >
 < >
 < >


Teka gambar ape ni..kah3!!.. Ape yg tuan2 dan puan2 perasan? It's sumthin' like father like son.. LOL.




Abeh round  satu SACC dalam masa x sampai satu jam.. Xtau nak beli apa sebenarnye. Si abang sebok nak makan. Tu la keje dia.. Makan makan makan dan makan.  Kat luar pulak cuaca makin gelap gelita. Hujan lebat x terkira. Apa yg boleh dimakan dengan selera tekak kami anak beranak kat dalam SACC ni.. Pizza? kena reject awal2 dgn si abah.. Round punye round, tapis punya tapis.. Jumpa satu restoran yg agak menepati tekak kami seisi keluarga.. Tgk pun mcm bes je. Tempat selesa.. Makanan melayu sepenuhnye.. Yg makan dalam tu of kos la melayu.  B4 this, mmg x penah masuk restoran tu, maklum le.... Jarang - jarang jalan - jalan carik makan.. Bila dah duduk dalam tu, makanan pun dah siap oda, baru la aku tau ropenye aku masuk kat restoren hotel ni.. > >



Kwang3!!! Pas tu tetiba teringat nak tengok dompet takut x cukup duit plak nak bayo.. Hahhahhah!! Padahal dah tau harga2 makanan dia sebelum masuk.  Masa tu mmg dah x fikir pape. Semua nye sbb nak memenuhi kemahuan si abang yg dah x boleh tahan2 lg lapar.



Sempat snap gambar adik yg gelisah nak susu.. Adoiyai... Susu adik kat kete, hujan plak tu..huhuhu.. Sori la mama lupa nak angkot susu adik.. Sementara tunggu mama dgn abang makan, adik dah menjerit2.. Bagi keropok pun diam sekejap jew.. Kelam kabut mama makan. Tapi makanan abah pulak x sampai2.. Huhuh!! Agak mengecewakan, dgn harga makanan yg dibayar, service nya amat lah (-.-)..








Apa2 pun, agak hepi sbb dpt tunai jnji dgn si abang nak bwk dia jalan2 petang ni setelah kena kurung dalam rumah dari petang semalam sampai hari ni.. Mmg dah jadi rutin si abang akan keluar main dengan rakan2 seperjuangan kat luar rumah tanpa pengawasan.  Tapi sekali sekala, kena sekat2 jugak supaya dia x rasa bebas sngt.. Pagi tadi dah belikan dia satu buku latihan n cuba nak biasakan dia supaya pegang buku juga walaupun cuti sekolah.

Next week, try nak bawak dia naik LRT/komuter.. Aktiviti yg agak sempoi dalam masa yg sama nak bg anak2 rasa sesuatu yg luar dari kebiasaan mereka..

Salam.......