Tuesday, January 31, 2012

~ Macam2 akeem ~

2 minggu dah berlalu, hari ni baru ada kesempatan nak berentry pasal sikecik akeem ni lagi. Alkisah budak kecik ni dimasukkan ke wad kanak2 @Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Letih dah nak cerita panjang2.. So meh tengok je kronologi kejadian yg tersebut diatas. -.-


- Pertengahan bulan disember 2011 ~ Akeem diserang chicken pox.


- 15.1.2012 ~ Lepas makan buah2an dari kg (akeem suka sgt makan manggis & rambutan) tiba2 dia batuk. Muntah berkali2 & lepas beberapa jam badan akeem mula panas. Aku capai termometer selit kat ketiak akeem.. bacaan menunjukkan suhu badan akeem 37.8 darjah celcius..


- 16.1.2012 ~ Macam biasa anta akeem ke nursery pagi2 dengan berbekalkan ubat demam. Tapi cikgu kata, x demam sepanjang siang. Sampai rumah, baru perasan nafas akeem x normal. (agak laju & berbunyi).. X sempat nak keja g klinik malam tu, so tunggu esok pagi.


- 17.1.2012 ~ Pagi2 kami anak beranak menuju ke klinik kesihatan terdekat. Setelah berejam menunggu, dokter kata paru2 akeem ada jangkitan kesan dari serangan chicken pox haritu. Terus bagi nebulizer. Lepas 15minit, dokter cek balik tapi masih xde perubahan. Dengan sopan santun, dokter nasihatkan akeem kena masuk wad utk dapatkan rawatan lanjut.

Masa tu, muka aku terus tukar. Rasa nak nangis pun ada, tapi kutahan2 je.  Tapi demi kesihatan sikecik, terpaksa rela menurut kata yg lebih pakar. Buat pertama kali dalam hidup, aku ke hospital TAR menaiki ambulan bersama akeem..

Pukul 4 petang, akeem selamat ditempatkan di wad kanak2.




Nak dijadikan cerita, masa ondeway menuju kewad, terjumpa pulak parent kepada kawan se'nursery' akeem.. Rupanya, kawan akeem pun masuk wad jugak sbb demam yg terlalu tinggi kesan dari chicken pox jugak.

Harini, baru dapat tahu buah manggis tu rupanya sejuk. Kalau ada penyakit paru2 x elok makan benda2 yg sejuk. Mungkin jugak manggis jadi penyebab. T_T


- 18.1.2012 ~ Pukul 4.30 petang, akeem di sahkan boleh discharge. Oh Tuhan... syukur sangat2.. Lebih Kurang 24jam je duduk kat dalam wad. Tapi terasa sangat lah lama.

Alhamdulillah, akeem dah perlu guna benda alah ni lagi..


Perkara yg mmbuatkan akeem sangat marah. Tp terpaksa jugak bagi demi kesihatan akeem.



Cuma akeem perlu makan antibiotik selama 7 hari.  Masa entry ni ditulis, akeem dah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah.

Meh layan dulu hasil tangkapan masa kat hospital.. hehehe..



*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*

Monday, January 16, 2012

~ Jom cerita pasai RV..(^-^)

RV lagi?

Lagi2 RV! Lagi2 RV?

Ape nak wat ?.

Dah suke .......

heheheh!!!



Nah amekau!! :))
* Insya-Allah, blog ni x ada unsur2 kontroversi.. Sume under control.
** Cerita pasai kek lebih menarik dari cerita tentang orang lain..Nyum3...


~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .


Cerita lagi tentang RV...


Ini peristiwa yg berlaku pada 12/1/2012.. Tarikh yg agak cantek.


|

|

|

|

|






1st RV utk 2012. Happy bday to k.Sal..


|

|

|

|

|







|

|

|

|

|






|

|

|

|

|


Salam...

Sunday, January 8, 2012

~ Zombie kampung pisang ..

Genap dua minggu di kecik akeem kena serang chicken pox,peng'zombian' telah berlaku.. Hehe.. Mane x nye.. Hari Jumaat dua minggu lepas adik, lepas 2 kali jumaat giliran abang pulak.. isk3!! Meh tengok rupe zombie2 kecik ni..uhuhu..

Ni le rupe akeem .. tp itu dua minggu yg lepas.. sekarang dah
 agak hensem.. :p


Sekarang giliran abang pulak.. Nasib la ye anak2, ni la proses 
yg semua orang mesti lalui dlm kehidupan..



Yang bagusnye abang x demam langsung. Cuma dalam mulut ada serangan jugak.. Berbanding adik, awal2 dah demam.  Semoga anak2 mama cepat sembuh.. Hati ada sikit susah.. (._.)


Salam..



Friday, December 30, 2011

Status hari ini

31/12/2011, menutup tirai menanti 2012..........

Dah malas nak update status kat fb. Nak mengomel sorang2 je kat blog huduh ni.. Harini cuti, bersama anak2 je kat umah.. Boleh x nak tulis status mcm ni..

 "Agak2 bila la anak bujang aku boleh tolong kemas2 rumah".... 

Huhu.. Buat masa ni, sume lelaki2 dalam rumah ni hanya boleh tolong "sepahkan rumah".... arghhhhhhhhhhh!!!!



sekian.. (^ ^,)

Tuesday, December 20, 2011

~ Entry buat sikecil lagi

21/12/2011 : 1.08am,

Berentry sambil menyudahkan sisa2 kain yg perlu dilipat. Mata dah agak kuyu puyu layu. Tapi nak jugak. Sikecil telah memasuki hari yg kelima.. Aduh! baru 6 hari usia mu kecik.. Satu persatu keperitan dilalui dengan penuh ketabahan oleh tiga beranak ni.. Semalam sikecik dah dibawa ke IJN utk pemeriksaan.. Alhamdulillah, keputusan doktor agak melegakan hati.. (xdapat nak describe dengan detail oleh kerana x terluah perasaan)..

Hari ini laporan diterima, sikecik telah selamat menjalankan pembedahan salur najis yg sempit. Kesian sgt2 sikecik yg baru 5 hari terpaksa menjalankan pembedahan.  Apa2 pun aku mengharapkan sinar bahagia yg berpanjangan untuk semua.  Semoga kesakitan yg sikecik tanggung hari ini akan terubat dengan gelak tawa nya dikemudian hari.  X sabar nak jumpa pastu nak timang tinggi2. Huhuuu.. sangat emo walaupun bukan anak sendiri..

Hari ini juga laporan diterima, bahawa bapak pada sikecik akan prepare letter utk permohonan transfer dari bumi kenyalang ke semenanjung dengan surat sokongan dari doktor ..  Alhamdulillah.. Semoga semuanya dipermudahkan.. Mendoakan yg baik2 aje.. Ceria~

Sunday, December 18, 2011

~ Entry untuk sikecil

16/12/2011 - Tarikh keramat sikecil apabila dia selamat melihat dunia. Setakat ni belum ada pengisytiharan namanya lagi, lantaran kesibukan si ayah mengurus si ibu.. Sikecil masih berada didalam wad, terpaksa berpisah dengan si ibu yg tidak dibenarkan bermalam diwad kerana disahkan sihat. Procedure yg terpaksa dituruti.

Ketika entry ini ditulis (19/12/2011) bersamaan 3 hari usia sikecil, namun melalui hari yg agak getir.  Seluruh keluarga belum dapat menatap wajah sikecil kecuali ayah & ibu. Disebalik kepayahan itu, hanya Allah yg maha mengetahui perasaan ibu yg melahirkan.  Teserlah juga akhirnya perasaan kebapaan seorang insan yg bernama Inspektor Rizal.

Itulah rahmat kelahiran sebuah nyawa.. Menerbitkan rasa yg sangat subjektif.  Apa yg berlaku telah tertulis.  Semoga adik2ku tabah melalui dugaan yg Allah berikan dalam mencari hikmah yg tersembunyi disebalik apa yg berlaku.  Sangat2 bersimpati dengan sikecil.. Bermohon kepada-Nya mudah2an diberi keajaiban dalam kesihatan sikecil.

*Nota buat adikku ~ berilah lambaian selamat tinggal buat bumi kenyalang secepat yg mungkin. Sikecil memerlukan sentuhan berpanjangan oleh seorang bapa.. -.-

Sunday, December 4, 2011

~ Sepetang dihujung minggu ~

4/12/2011 ~ ahad,

Hari ni bercadang meluangkan masa bawak anak bersiar2 disekitar shah alam. Basikal sibudak kecik dah siap di masuk kedalam bonet kereta. Lepas solat asar, kami bergegas menuju ke Shah Alam.. Cuaca nmpak menarik.  Tapi baru lima minit berada di atas jalan raya, hujan mula turun. Makin lama makin lebat. Rancangan nak bersiar2 di tasik terus bertukar..

"Nampak beno nipu nye.. kate ujan? tp nmpak gmbo tu langit cerah je.. hehehe."
(ehsan pakcik gugel. :p)


Tempat ni mmg jarang2 sekali aku lawati klu x terdesak atau didesak.  Tp memandangkan cuaca x mengizinkan utk kami menjalankan aktiviti outdoor, make dgn rela  terpaksa encik suami redha menjalankan aktiviti indoor pulak.. hehehe. (klu xde anak2 mau patah balik rumah le jawabnye..huhuhuh) Inilah hasil utk hari ini.


Si abang beraksi dgn jam BEN10 yg baru di'pau' dari mama pagi tadi.. :'(



Mama ngan adik pun x ketinggalan nak merakam gambo sementara tunggu si abah setting barang masuk bonet.. :')






Dah sampai...

< >
< >
 < >
 < >
 < >


Teka gambar ape ni..kah3!!.. Ape yg tuan2 dan puan2 perasan? It's sumthin' like father like son.. LOL.




Abeh round  satu SACC dalam masa x sampai satu jam.. Xtau nak beli apa sebenarnye. Si abang sebok nak makan. Tu la keje dia.. Makan makan makan dan makan.  Kat luar pulak cuaca makin gelap gelita. Hujan lebat x terkira. Apa yg boleh dimakan dengan selera tekak kami anak beranak kat dalam SACC ni.. Pizza? kena reject awal2 dgn si abah.. Round punye round, tapis punya tapis.. Jumpa satu restoran yg agak menepati tekak kami seisi keluarga.. Tgk pun mcm bes je. Tempat selesa.. Makanan melayu sepenuhnye.. Yg makan dalam tu of kos la melayu.  B4 this, mmg x penah masuk restoran tu, maklum le.... Jarang - jarang jalan - jalan carik makan.. Bila dah duduk dalam tu, makanan pun dah siap oda, baru la aku tau ropenye aku masuk kat restoren hotel ni.. > >



Kwang3!!! Pas tu tetiba teringat nak tengok dompet takut x cukup duit plak nak bayo.. Hahhahhah!! Padahal dah tau harga2 makanan dia sebelum masuk.  Masa tu mmg dah x fikir pape. Semua nye sbb nak memenuhi kemahuan si abang yg dah x boleh tahan2 lg lapar.



Sempat snap gambar adik yg gelisah nak susu.. Adoiyai... Susu adik kat kete, hujan plak tu..huhuhu.. Sori la mama lupa nak angkot susu adik.. Sementara tunggu mama dgn abang makan, adik dah menjerit2.. Bagi keropok pun diam sekejap jew.. Kelam kabut mama makan. Tapi makanan abah pulak x sampai2.. Huhuh!! Agak mengecewakan, dgn harga makanan yg dibayar, service nya amat lah (-.-)..








Apa2 pun, agak hepi sbb dpt tunai jnji dgn si abang nak bwk dia jalan2 petang ni setelah kena kurung dalam rumah dari petang semalam sampai hari ni.. Mmg dah jadi rutin si abang akan keluar main dengan rakan2 seperjuangan kat luar rumah tanpa pengawasan.  Tapi sekali sekala, kena sekat2 jugak supaya dia x rasa bebas sngt.. Pagi tadi dah belikan dia satu buku latihan n cuba nak biasakan dia supaya pegang buku juga walaupun cuti sekolah.

Next week, try nak bawak dia naik LRT/komuter.. Aktiviti yg agak sempoi dalam masa yg sama nak bg anak2 rasa sesuatu yg luar dari kebiasaan mereka..

Salam.......