Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran..

1 Syawal..

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL BUAT SEMUA UMAT ISLAM..
Alhamdulillah, pertama syawal disambut bersama suami, anak2 dan mertua serta adik beradik sebelah suami.. Penat menjelang syawal tidak dirasai bila dpt beraya bersama2 menziarahi sanak saudara. Walaupun malam menjelang syawal aku cuma dpt lelap cuma 2jam, tapi semangat untuk bersama2 keluarga tak menghalang aku utk bangun awal demi merealisasikan hasrat suami utk solat hari raya di surau berdekatan rumah mak.

Aku kuatkan semangat utk x melengah2kan masa. Tapi apakan daya.... seisi rumah tidur lewat malam tadi, menyebabkan jadual sedikit lari. Sikecik akeem, tidur pukul 2.30pagi penangan 1st time sambut raya. Si abang paling awal masuk tidur (1.30 pagi).. Aku pulak lepas sikecik tidur, layan TV sampai pukul 3.. Gedebuk gedebak, 3.30 pagi masuk tidur, tapi batuk melanda tanpa henti menyebabkan aku langsung x dapat tidur. Apakan daya, hasrat encik Yusri tuk solat raya x kesampaian. Sampai je kat umah mertua, dari jauh dengar pembesar suara kat surau tu, semua jemaah dah start solat. Terlewat 5 minit.. huhuhu..

Tapi x sangka aku dapat lalui masa (sampai entry ni ditulis jam dah melewati 11.30malam).. Masih boleh berentry.. Cuma jam 8malam tadi, aku mintak encik yusri jagakan sikecik. Nak rest kejap sbb jam 9malam nak layan "NUR KASIH THE MOVIE".. heh3!!!

Harap2 malam ni dapat merehatkan diri secukupnya. Esok akan menyambung perjalanan pulang ke soeharto.


Salamm..


Friday, August 26, 2011

Kes haru..

26 ramadhan..

Hari ni, balik keje tiba2 je mood memasak kelaut!..Semua gara2 sekeping cek yg sepatutnya dicashkan hari ni hilang dari simpanan.. Mmg aku x salah letak. Tapi carik2 jg kat tempat lain mana tau kot2 dah alih tmpat tp x ingat. Panik sekejap. Sana sini aku call utk dapat kepastian betul x cek tu aku terima. Padahal, mmg dah sah2 cek tu aku ambik dan letak dlm dashboard kereta. Itu mmg aku x lupa sebenarnya.

Malam td, dah terdetik kat dalam hati bila encik yusri dan ami ke kedai dgn kereta.. dlm hati, ami mmg suka bukak laci dashboard. Dibuatnya cek tu dikoyak dek ami, mmg naya.. Tp perasaan tu kejap je, sbb byk keje nak buat aku pun jd lupa..

Petang ni, bila cek tu xde kat simpanan.. hati aku sekali lagi berkata, mlm td dah terdetik. Betul lah naluri hati aku sebagai seorang ibu..  Aku tunggu kepulangan anakku yg bertuah ni.. Sampai je rumah, aku terus tanya dengan nada serius .. "kat mana ami buang kertas dalam kereta mama?"........... Mula2 dia senyum2.. Pas tu, aku terus ajak dia pergi tunjuk lokasi kat mana dia cmpakkan cek tu. Alhamdulillah dia setuju..

Punya la nak gelak (walaupun hati ada sikit gerem)! Lokasi tu cuma beberapa meter je dari tmpt aku parking kereta.. Maksudnya, masa dia masuk kereta malam td, terus je bukak dashboard pastu  buang luar tingkap. Adoi la anak mama... Abah dia pun x boleh nak marah. Gelihati pun ada sbb dia boleh tunjuk lokasi tu dgn tepat.

X sampai 5 minit pencarian kami, aku sndiri yg jumpa cek tu.

 Lokasi : Car park bersebelahan dgn block yg aku duduk.

Condition cek : Huuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!.... Dah la hari ni hujan.. ce bayang! ce bayang! Basah satu hal! dah kena lenyek dengan tayar kete.. Nasib baik x hitam legam. Tp belobang2 ikut acuan jalan tar tu.. :(

Dah mmg rezeki x kemana.. Harap2 cek tu valid walaupun ada sikit lobang2.. Klu x valid pun, terpaksa la mintak ditukar dengan cek yg baru. 

..
..

..

..

..

..

..

Moral of the story  > jangan salahkan anak disebabkan kecuaian sndiri.. :P


Wednesday, August 24, 2011

Syawal menjelma lagi ~ ..

25 ramadhan..

Cepat sungguh masa berlalu. Masih berbaki 4 hari utk semua umat islam menjalani ibadah rukun islam yg ke-3 ni... 4 hari juga masa untuk mengambil peluang mengutip sebanyak mungkin ganjaran atas amalan ibadah yg dilakukan... Sedih rasa hati..


Persiapan hari raya, seperti tahun2 yg terdahulu, sama aje..... Simple, ringkas, ala kadar, sederhana. Keutamaan diberi pada bujang2 kecik tu.. Alhamdulillah, walaupun tanpa bershoping sakan di shopping komplek berjaya juga aku siapkan sorang 3 pasang.. Shoping dihujung jari je. huhuhu.. Kuih raya serba sedikit..



Jamu mata dulu..keh3!! Nak rasa sila datang rumah. :)



Antara kegemeran si bujang dari
v
v
v


Tak ketinggalan tat nenas kegemaran incik yusri hasil air tangan kakak iparnya a.k.a biras aku.. Tat nenas yg sgt berhantu.. mabeles!


Hujung minggu ini adalah hujung minggu yg terakhir sebelum menjelang hari raya.. So, inilah masanya nak push kan diri utk settlekan masalah rumahtangga.. (masalah rumah bersepah..huhuhu). Harap incik suami sudi turun padang membanting tulang. Klu x, patah la tulang saye... :P

******************************************************************************************

Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..



^_*

Monday, August 22, 2011

Ada lagi??

Ingatkan dah oKey! Rupanya? Ermmm..

Jam 5pagi td, ku sentuh dahi sikecik... PANAS MENYERANG KEMBALI!!!!! ... Aduhai kecik.. Mama ingatkan dah merdeka.. Semalam dari pagi sampai kemalam stabil je kamu.. Suhu badan pun ditahap yg normal.. Tiba2? ...................


Nak x nak, hari ni TERpaksa meng'Emergency Leave'kan diri.. Bawak kecik ke klinik kesihatan, tgk apa dokter kata.. Ini pilihan terbaik dari pergi meredah hospital..uhuuhuuu.. Fobia udah rasenye kalau sebut perkataan tu..

Alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar.. tunggu pun xde la lama sgt.. (1jam.. ok le tuh.. klu g spital, xde 4 jam, jgn cakap).. Sikecik kena cucuk utk diambil darah..

Keputusan?

~ ~ ~ ~ ^ ^ ^ ^ ^ ~ ~ ~ ~

................

...........

.......

...

.


Alhamdulillah, keputusan darah pun ok... Xde jangkitan kuman. Dokter pun kata x perlu risau. Cuma demam biasa je.. Lega la sikit hati mendengar. Harap2 sikecik sihat2 aja ye.. Mama sgt risau kalau kamu demam tau!

Luv U kecikkk!!!  :-*

Sunday, August 21, 2011

Syukur..

Alhamdulillah, satu dari ujian Allah telah berjaya aku harungi dgn jayanya.. Suhu badan sikecik semalam mencecah 39.5 darjah celcius, buat aku x tidur. Cari alternatif supaya sikecik x diserang sawan.. Walaupun sikecik tu marah sbb xsuka diletak coolfever/kain lembab kat dahi, aku buat jgk walaupun nmpak mcm agak kejam.. Demi memastikan suhu badan kecik tu turun pada tahap yg x membimbangkan..

Pagi tadi, suapkan dia air zamzam sambil berdoa semoga kecik disembuhkan dari demam.. Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan.. Demam sikecik x menyerang lg setakat ni.. cuma batuk n selsema je. Bermakna, lepas jgk la dari kena mengadap dokter dihospital... Alhamdulillah, syukur pada Allah.. Harap2 esok dapat menjalani rutin harian seperti biasa.

Cuma aku perasan harini,walaupun badan dah x panas.. ragamnya lain macam.. Asek merengek nak didukung... Tapi dah dapat akal baru. Pandai berdiri sendiri tanpa bantuan.. Tindakbalas  komunikasi pun makin ada perubahan positif.. Syukur syukur dan syukur.. tula orang tua2 kata demam nak dapat akal baru.. :)


Melabuhkan tirai malam.......... Nak menjenguk kecik di tiduran.. ZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz.. Nite..


Saturday, August 20, 2011

Adekah?..huhuhu

Hari yg ke-2 setelah sikecik akeem mengambil antibiotik yg lebih power.. namun xde perubahan yg lebih baik.. Ya-Allah, adekah esok akan bermula episod untuk aku ke hospital?


................................................

.........................................
.................................

.........................
.................

.......
...

.
Baiklah.. Mama akan buat yg terbaik utk adik.. Maka esok kita ke hospital ye sayang..

Friday, August 19, 2011

Dugaan dan ujian dibulan ramadhan..

Kronologi :-

* Dua hari sebelum puasa - Encik Yusri meninggalkan aku dan anak2 atas tuntutan kerja.. Hanya pulang kerumah pada tengah malam puasa hari yg ke-2.. Aku, start demam sehari sebelum puasa..huhuhu.. telan panadol sebiji demi sebiji, sekejap ok sekejap k.o.. Sabarlah hati menjaga anak2 sendirian.. Telah meng'MC' kan diri pada puasa hari ke-3..

* Masuk minggu ke-2 berpuasa - Encik Yusri pulak diserang demam, bertahan hingga hari jumaat, baru dia meng'MC' kan dirinya.. Tp kena 'baby sit' si kecik akeem.. huhuhu.. siannn...

* Minggu ke-3 berpuasa - Sikecik akeem pulak diserang demam/batuk/selsema..Jangkitan dari pelbagai arah.. Aduhai kecikk.. Sampai entry ni ditulis, dah masuk hari kelima sikecik demam.. Dah dua kali pegi klinik dalam minggu ni.. Puan doktor dah sound, kalau esok x baik jgk demam, sila pegi spital. utk cek darah. 

Hah!!! Lemah aku dengo perkataan itu.. 

Ya-Allah ya tuhanku... kau sembuhkanlah penyakit anak ku Ya-Allah.. Syukur kerana telah mengingatkan aku rasa sayang-Mu atas ujian yg Kau berikan Ya-Allah.  Semoga redha dengan dugaan ini..

Harap adik sembuh tanpa perlu kehospital..