Tuesday, January 31, 2012

~ Riang ria Chinese New Year.. ^_^

Riang ke?.. Boleh la jugak masuk dalam ketegori riang.. hik hik!! Sebab ape?

Jom tengok ape sebenar nye.. :)



*
**
****
******
********
**********
************
**************
************
**********
********
******
****
**
*




Sebab yg pertama :-


Nampak x! Nampak x! keh3!!!
Untuk makluman, jumlah ketiga2 sampul tu tidak le mencecah ratusan
mahupun ribuan ringgit. Tp sebab ada cerita disebalik nya,
jadi mmbuatkan ia menjadi special.. :)


Sebab yang kedua :-


Yang kat atas meja tu depa panggil "losang".. (betui x ejaan nye. tp bunyi nye
cam tu la lebih kurang) Kami yg melayu2 ni xmakan benda alah tu. Cuma menghormati
 permintaan depa utk sama2 joint aktiviti gaul menggaul. Ong katanya.. Yelah, ikut kan je..
Makanan utk kami ada diluar liputan gambar.. Kira makan free la hari tu ye.. :)






Sebab yang ketiga :-

 Makan free lagi.




Sebab yang ke empat :-

Makan kek pulak. Bos saje2 beli kek kononnye x kenyang makan KFC. :) 



Kesimpulannye, lepas cuti panjang kami semua makan, makan dan makan.. Dari 4 sebab di atas, 3 dari sebab2 tu datangnya dari bos department kami.. Thank you bos.. :-*

~ Macam2 akeem ~

2 minggu dah berlalu, hari ni baru ada kesempatan nak berentry pasal sikecik akeem ni lagi. Alkisah budak kecik ni dimasukkan ke wad kanak2 @Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Letih dah nak cerita panjang2.. So meh tengok je kronologi kejadian yg tersebut diatas. -.-


- Pertengahan bulan disember 2011 ~ Akeem diserang chicken pox.


- 15.1.2012 ~ Lepas makan buah2an dari kg (akeem suka sgt makan manggis & rambutan) tiba2 dia batuk. Muntah berkali2 & lepas beberapa jam badan akeem mula panas. Aku capai termometer selit kat ketiak akeem.. bacaan menunjukkan suhu badan akeem 37.8 darjah celcius..


- 16.1.2012 ~ Macam biasa anta akeem ke nursery pagi2 dengan berbekalkan ubat demam. Tapi cikgu kata, x demam sepanjang siang. Sampai rumah, baru perasan nafas akeem x normal. (agak laju & berbunyi).. X sempat nak keja g klinik malam tu, so tunggu esok pagi.


- 17.1.2012 ~ Pagi2 kami anak beranak menuju ke klinik kesihatan terdekat. Setelah berejam menunggu, dokter kata paru2 akeem ada jangkitan kesan dari serangan chicken pox haritu. Terus bagi nebulizer. Lepas 15minit, dokter cek balik tapi masih xde perubahan. Dengan sopan santun, dokter nasihatkan akeem kena masuk wad utk dapatkan rawatan lanjut.

Masa tu, muka aku terus tukar. Rasa nak nangis pun ada, tapi kutahan2 je.  Tapi demi kesihatan sikecik, terpaksa rela menurut kata yg lebih pakar. Buat pertama kali dalam hidup, aku ke hospital TAR menaiki ambulan bersama akeem..

Pukul 4 petang, akeem selamat ditempatkan di wad kanak2.




Nak dijadikan cerita, masa ondeway menuju kewad, terjumpa pulak parent kepada kawan se'nursery' akeem.. Rupanya, kawan akeem pun masuk wad jugak sbb demam yg terlalu tinggi kesan dari chicken pox jugak.

Harini, baru dapat tahu buah manggis tu rupanya sejuk. Kalau ada penyakit paru2 x elok makan benda2 yg sejuk. Mungkin jugak manggis jadi penyebab. T_T


- 18.1.2012 ~ Pukul 4.30 petang, akeem di sahkan boleh discharge. Oh Tuhan... syukur sangat2.. Lebih Kurang 24jam je duduk kat dalam wad. Tapi terasa sangat lah lama.

Alhamdulillah, akeem dah perlu guna benda alah ni lagi..


Perkara yg mmbuatkan akeem sangat marah. Tp terpaksa jugak bagi demi kesihatan akeem.



Cuma akeem perlu makan antibiotik selama 7 hari.  Masa entry ni ditulis, akeem dah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah.

Meh layan dulu hasil tangkapan masa kat hospital.. hehehe..



*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*

Monday, January 16, 2012

~ Jom cerita pasai RV..(^-^)

RV lagi?

Lagi2 RV! Lagi2 RV?

Ape nak wat ?.

Dah suke .......

heheheh!!!



Nah amekau!! :))
* Insya-Allah, blog ni x ada unsur2 kontroversi.. Sume under control.
** Cerita pasai kek lebih menarik dari cerita tentang orang lain..Nyum3...


~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .~ . ~ . ~ . ~ . ~ .


Cerita lagi tentang RV...


Ini peristiwa yg berlaku pada 12/1/2012.. Tarikh yg agak cantek.


|

|

|

|

|






1st RV utk 2012. Happy bday to k.Sal..


|

|

|

|

|







|

|

|

|

|






|

|

|

|

|


Salam...

Sunday, January 8, 2012

~ Zombie kampung pisang ..

Genap dua minggu di kecik akeem kena serang chicken pox,peng'zombian' telah berlaku.. Hehe.. Mane x nye.. Hari Jumaat dua minggu lepas adik, lepas 2 kali jumaat giliran abang pulak.. isk3!! Meh tengok rupe zombie2 kecik ni..uhuhu..

Ni le rupe akeem .. tp itu dua minggu yg lepas.. sekarang dah
 agak hensem.. :p


Sekarang giliran abang pulak.. Nasib la ye anak2, ni la proses 
yg semua orang mesti lalui dlm kehidupan..



Yang bagusnye abang x demam langsung. Cuma dalam mulut ada serangan jugak.. Berbanding adik, awal2 dah demam.  Semoga anak2 mama cepat sembuh.. Hati ada sikit susah.. (._.)


Salam..



Friday, December 30, 2011

Status hari ini

31/12/2011, menutup tirai menanti 2012..........

Dah malas nak update status kat fb. Nak mengomel sorang2 je kat blog huduh ni.. Harini cuti, bersama anak2 je kat umah.. Boleh x nak tulis status mcm ni..

 "Agak2 bila la anak bujang aku boleh tolong kemas2 rumah".... 

Huhu.. Buat masa ni, sume lelaki2 dalam rumah ni hanya boleh tolong "sepahkan rumah".... arghhhhhhhhhhh!!!!



sekian.. (^ ^,)

Tuesday, December 20, 2011

~ Entry buat sikecil lagi

21/12/2011 : 1.08am,

Berentry sambil menyudahkan sisa2 kain yg perlu dilipat. Mata dah agak kuyu puyu layu. Tapi nak jugak. Sikecil telah memasuki hari yg kelima.. Aduh! baru 6 hari usia mu kecik.. Satu persatu keperitan dilalui dengan penuh ketabahan oleh tiga beranak ni.. Semalam sikecik dah dibawa ke IJN utk pemeriksaan.. Alhamdulillah, keputusan doktor agak melegakan hati.. (xdapat nak describe dengan detail oleh kerana x terluah perasaan)..

Hari ini laporan diterima, sikecik telah selamat menjalankan pembedahan salur najis yg sempit. Kesian sgt2 sikecik yg baru 5 hari terpaksa menjalankan pembedahan.  Apa2 pun aku mengharapkan sinar bahagia yg berpanjangan untuk semua.  Semoga kesakitan yg sikecik tanggung hari ini akan terubat dengan gelak tawa nya dikemudian hari.  X sabar nak jumpa pastu nak timang tinggi2. Huhuuu.. sangat emo walaupun bukan anak sendiri..

Hari ini juga laporan diterima, bahawa bapak pada sikecik akan prepare letter utk permohonan transfer dari bumi kenyalang ke semenanjung dengan surat sokongan dari doktor ..  Alhamdulillah.. Semoga semuanya dipermudahkan.. Mendoakan yg baik2 aje.. Ceria~

Sunday, December 18, 2011

~ Entry untuk sikecil

16/12/2011 - Tarikh keramat sikecil apabila dia selamat melihat dunia. Setakat ni belum ada pengisytiharan namanya lagi, lantaran kesibukan si ayah mengurus si ibu.. Sikecil masih berada didalam wad, terpaksa berpisah dengan si ibu yg tidak dibenarkan bermalam diwad kerana disahkan sihat. Procedure yg terpaksa dituruti.

Ketika entry ini ditulis (19/12/2011) bersamaan 3 hari usia sikecil, namun melalui hari yg agak getir.  Seluruh keluarga belum dapat menatap wajah sikecil kecuali ayah & ibu. Disebalik kepayahan itu, hanya Allah yg maha mengetahui perasaan ibu yg melahirkan.  Teserlah juga akhirnya perasaan kebapaan seorang insan yg bernama Inspektor Rizal.

Itulah rahmat kelahiran sebuah nyawa.. Menerbitkan rasa yg sangat subjektif.  Apa yg berlaku telah tertulis.  Semoga adik2ku tabah melalui dugaan yg Allah berikan dalam mencari hikmah yg tersembunyi disebalik apa yg berlaku.  Sangat2 bersimpati dengan sikecil.. Bermohon kepada-Nya mudah2an diberi keajaiban dalam kesihatan sikecil.

*Nota buat adikku ~ berilah lambaian selamat tinggal buat bumi kenyalang secepat yg mungkin. Sikecil memerlukan sentuhan berpanjangan oleh seorang bapa.. -.-